Imbuhan Awalan Kata Kerja /ang-/ Bahasa Bajau Pulau Tabak-tabak Semporna

Mohd Afis Ismail and Saidatul Nornis Haji Mahali (2020) Imbuhan Awalan Kata Kerja /ang-/ Bahasa Bajau Pulau Tabak-tabak Semporna.

[img] Text
Imbuhan Awalan Kata Kerja.pdf

Download (37kB)
[img] Text
Imbuhan Awalan Kata Kerja1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (156kB)

Abstract

Imbuhan awalan kata kerja merupakan salah satu elemen di dalam bahasa. Kertas ini diusahakan untuk membincangkan aspek imbuhan awalan kata kerja bahasa Bajau yang dituturkan di Pulau Tabak-Tabak, Semporna sahaja. Memandangkan terdapat banyak variasi pertuturan dialek Bajau di timur Sabah, maka tumpuan perbincangan diberi kepada kelompok penutur di pulau ini kerana diandaikan penutur dialek Bajau di pulau ini masih belum dipengaruhi oleh bahasa Melayu. Data bahasa dianalisis berasakan kata asas, rumus dan penggunaan ayat-ayat mudah yang menggunakan imbuhan awalan kata kerja. Kertas ini memfokuskan dan menghuraikan proses pembentukan imbuhan awalan kata kerja /ang-/ bertujuan untuk mendalami pemahaman terhadap penggunaan imbuhan melalui contoh asas, rumus dan penggunaan ayat mudah. Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah kualitatif, yakni data yang dirakam, ditranskripsi dan dianalisis untuk proses pengenalpastian imbuhan kata kerja /ang-/. Data diperoleh melalui temu bual tidak berfokus melibatkan seramai 5 responden telah ditemu bual yang mengambil masa selama satu bulan. Hasil analisis mendapati bahawa pembentukan kata kerja terbitan dapat dilihat menerusi proses pengimbuhan dan dalam kertas ini difokuskan kepada imbuhan /ang-/ sahaja. Memandangkan kurangnya kajian terhadap pembentukan imbuhan kata kerja, maka pelanjutan kajian ini perlu dilakukan agar para pendukung bahasa ini mengetahui keunikan yang terdapat dalam dialek yang mereka tuturkan.

Item Type: Proceedings
Keyword: Bahasa Bajau, Bajau Semporna, Imbuhan Awalan, Imbuhan /ang-/, Kata Kerja
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Jun 2021 16:08
Last Modified: 22 Jun 2021 16:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27346

Actions (login required)

View Item View Item