Kesan pembangunan luar bandar ke atas kesejahteraan hidup masyarakat di Sabah

Elizebeth Gustin and Dayangku Aslinah Abd. Rahim (2020) Kesan pembangunan luar bandar ke atas kesejahteraan hidup masyarakat di Sabah. Jurnal Dunia Perniagaan, 2 (4). pp. 36-43. ISSN 2710-5792

[img] Text
Kesan Pembangunan Luar Bandar ke atas Kesejahteraan Hidup Masyarakat di Sabah abstract.pdf

Download (35kB)
[img] Text
Kesan Pembangunan Luar Bandar ke atas Kesejahteraan Hidup Masyarakat di Sabah full text.pdf
Restricted to Registered users only

Download (121kB) | Request a copy

Abstract

Pembangunan boleh memberi kesan terhadap persekitaran sosioekonomi sesebuah kawasan. Pembangunan yang berlaku sama ada di bandar atau di luar bandar juga boleh mengubah landskap sesebuah tempat sama ada merangkumi sudut ekonomi, pendidikan, sosial, politik mahupun infrastruktur. Kertas kajian ini bertujuan untuk membincangkan mengenai kesan pembangunan yang berlaku di pekan Botition, sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Beluran, Sabah kepada kesejahteraan hidup masyarakat setempat. Terdapat pembangunan yang berlaku di pekan ini sejak beberapa dekad yang lalu dan ia menunjukkan perubahan yang ketara dari segi fizikal kawasan dan gaya hidup penduduk setempat. Dengan menggunakan kaedah soal selidik, seramai 152 responden telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini mendapati terdapat kedua-dua kesan iaitu kesan positif dan juga negatif kepada penduduk setempat, akibat daripada sebaran pembangunan di kawasan luar bandar ini. Kesan positif yang didapati berdasarkan persepsi penduduk dalam kajian ini ialah mereka berupaya menggunakan kemudahan infrastruktur yang disediakan di pekan Botition, Beluran, demi kelangsungan dan kesenangan hidup mereka. Kemudahan infrastruktur yang dimaksudkan ialah seperti jalan raya, sungai, air, letrik dan kedai-kedai runcit barangan harian. Manakala dari sudut negatif pula, penduduk merasakan berlakunya peningkatan bilangan penduduk asing di kawasan pekan Botition yang membawa kepada persaingan dalam ekonomi serta berlakunya penurunan kualiti alam sekitar seperti pencemaran bunyi dan udara menurut persepsi penduduk setempat. Oleh itu, kerajaan dan pihak berkuasa tempatan disarankan dapat mengambilkira kepada kelestarian dalam aspek sosial penduduk dan kemapanan persekitaran fizikal apabila membuat pelan tindakan dalam membangunkan kawasan luar bandar. Kajian ini boleh dilanjutkan dengan melihat kepada kesan pembangunan luar bandar kepada kesejahteraan penduduk setempat dalam beberapa tahap: sebelum, semasa dan selepas; selain cuba mengetahui mengenai jangkaan dan keperluan mereka terhadap sesuatu pembangunan.

Item Type: Article
Keyword: Rural Development , Life well-being , Sabah
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 23 Jun 2021 10:32
Last Modified: 23 Jun 2021 10:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27367

Actions (login required)

View Item View Item