Membangunkan modul stem haiwan menggunakan pendekatan projek untuk kanak-kanak prasekolah

Connie Ompok and Jaini Sapirai and Alley Emison and Lydia Teo and Priscilla Kyle Payne (2020) Membangunkan modul stem haiwan menggunakan pendekatan projek untuk kanak-kanak prasekolah. International Academic Research Journal of Social Science, 6 (2). pp. 6-16. ISSN 2289-8441

[img] Text
Membangunkan Modul Stem Haiwan Menggunakan Pendekatan abstract.pdf

Download (35kB)
[img] Text
Membangunkan Modul Stem Haiwan Menggunakan Pendekatan Fulltext.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) di peringkat prasekolah masa kini tidak kertelihatan dengan jelas. Kajian ini bertujuan membangunkan satu modul STEM haiwan dengan menggunakan pendekatan projek untuk kanak-kanak prasekolah. Pelaksanan aktiviti pembelajaran berasaskan pendekatan projek ini menfokuskan kepada aktiviti beberapa haiwan dalam membina tempat tinggal mereka (sarang). Hal ini dipercayai boleh meningkatkan minat kanak-kanak di peringkat awal terhadap STEM kerana aktiviti bertemakan Haiwan sangat sesuai dengan kanak-kanak. Fasa pertama melibatkan aktiviti pengenalan melalui video tentang haiwan. Fasa kedua melibatkan penyiasatan, penyoalan dan pelaksanaan aktiviti iaitu kanak-kanak akan berbincang dengan ibu bapa mereka dengan kolaborasi guru. Fasa ketiga memerlukan kanak-kanak menceritakan aktiviti yang dilaksanakan. Idea yang disampaikan oleh kanak-kanak selaras dengan usaha menjadikan mereka saintis kanak-kanak. Aktiviti ini merupakan satu contoh STEM pendekatan projek yang dapat dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Sabah disebabkan Covid-19 dengan penglibatan guru, ibu bapa dan persekitaran sebagai guru ketiga dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Item Type: Article
Keyword: Murid Prasekolah , Modul STEM Haiwan , Pembelajaran Berasaskan Projek
Subjects: ?? LB1501 ??
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 23 Jun 2021 20:03
Last Modified: 23 Jun 2021 20:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27373

Actions (login required)

View Item View Item