Komposisi sisa pepejal, program kitar semula dan pengetahuan pelajar terhadap amalan kitar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang, Penampang, Sabah

Chong, Oi Min and Mohammad Tahir Mapa (2020) Komposisi sisa pepejal, program kitar semula dan pengetahuan pelajar terhadap amalan kitar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang, Penampang, Sabah.

[img] Text
Komposisi sisa pepejal, program kitar semula dan pengetahuan pelajar terhadap amalan kitar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang, Penampang, Sabah .pdf

Download (40kB)
[img] Text
Komposisi sisa pepejal, program kitar semula dan pengetahuan pelajar terhadap amalan kitar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang, Penampang, Sabah 1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (77kB)

Abstract

Peningkatan populasi penduduk dunia telah membawa kepada masalah penjanaan sisa pepejal yang tidak terkawal khususnya di sekolah. Penjanaan komposisi sisa pepejal yang semakin tinggi merupakan masalah yang cukup rumit dan susah untuk diselesaikan. Pengurusan sisa pepejal dengan amalan kitar semula perlu diadakan dengan segera melalui pendidikan guru di sekolah berpandukan kurikulum baru pendidikan Malaysia. Kajian dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti penjanaan komposisi sisa pepejal, mengenalpasti keberkesanan program kitar semula dan meneliti penerapan kurikulum dalam mata pelajaran Geografi. Teknik persampelan secara betujuan telah digunakan untuk memilih empat pelajar dan dua guru Geografi tingkatan tiga sebagai responden kajian. Kajian kualitatif tinjauan dan kajiaa tindakan telah dilakukan melalui pengumpulan data dengan menggunakan temu bual separa berstruktur dan pemerhatian ikut-serta. Hasil kajian menunjukkan jumlah sampah terbanyak yang dihasilkan oleh semua warga sekolah dalam sehari adalah sisa makanan iaitu sebanyak 62.6% (46.43kg), kedua banyak sisa plastik sebanyak 18.5% (13.72kg) dan diikuti oleh sisa kertas sebanyak 10.2% (7.56kg). Selain itu, pelajar juga kurang sedar tentang program kitar semula di sekolah kerana pelaksanaannya hanya sekali-sekala sahaja dalam setahun. Manakala pengetahuan yang disampaikan oleh guru dengan teknik pengajaran berasaskan projek telah berjaya di mana tahap amalan kitar sekolah telah meningkatkan dan kadar penjanaan sisa pepejal telah berkurangan berbanding dahulu. Justeru itu, sekolah dan kurikulum pendidikan merupakan medium utama untuk mendidik pelajar mengamalkan kitar semula. Progam kitar semula juga memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk berganding bahu melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik perhatian dan penyertaan pelajar. Justeru, pihak pentadbir, guru sekolah dan sektor kerajaan harus memainkan peranan penting untuk sama-sama menjayakan pelbagai program dan amalan kitar semula di sekolah.

Item Type: Proceedings
Keyword: Pengasingan, Penjanaan Sisa Pepejal, Pengetahuan, Program Kitar Semula
Subjects: L Education > L Education (General)
?? LB1603 ??
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Jun 2021 13:42
Last Modified: 27 Jun 2021 13:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27437

Actions (login required)

View Item View Item