Pengaruh pengalaman mengajar terhadap efikasi guru dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di zon pulau, utara Sabah

Haidi Bin Entoh and Mohd. Khairuddin Abdullah @ Jerry and Mohd. Azizuan Abdullah and Mohd Rizal Lakim (2020) Pengaruh pengalaman mengajar terhadap efikasi guru dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di zon pulau, utara Sabah. (In Press)

[img] Text
Pengaruh pengalaman mengajar terhadap efikasi guru dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di zon pulau, utara Sabah.pdf

Download (43kB)
[img] Text
Pengaruh pengalaman mengajar terhadap efikasi guru dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di zon pulau, utara Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (299kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan corak perkaitan antara dua pemboleh ubah kajian iaitu faktor pengalaman mengajar guru dan efikasi guru-guru yang bertugas di sekolahsekolah rendah di Zon Pulau, Utara Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, dengan berlandaskan kepada reka bentuk kajian eks-post fakto. Data dikumpul menerusi soal selidik dengan menggunakan instrumen Teachers’ Sense of Efficacy Scale (TSES) dua belas item yang dibangunkan oleh Tschannen-Moran dan Woolfolk Hoy [1]. Menerusi reka bentuk persampelan bertujuan dan persampelan rawak mudah, seramai 151 orang guru yang mengajar di empat belas buah sekolah rendah dalam zon ini telah terlibat di dalam kajian. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menganalisis data dan seterusnya membentangkan hasil dapatan kajian. Data dianalisis dengan menggunakan ANOVA (sehala). Dapatan kajian mendapati tahap kepercayaan efikasi guru berada pada tahap yang tinggi dan positif. Dapatan juga menjelaskan bahawa faktor pengalaman mengajar guru tidak berupaya membezakan secara signifikan aras efikasi guru. Keputusan analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p<.05 dalam efikasi guru [F (9,154) = 1.550, P = .136]. Oleh yang demikian, hipotesis nol (Ho1) yang menyatakan tidak terdapat perbezaan efikasi mengikut pengalaman mengajar guru gagal ditolak. Implikasi kajian juga telah dibincangkan.

Item Type: Proceedings
Keyword: Efikasi Guru, Pengalaman, Pulau, Kepercayaan
Subjects: L Education > L Education (General)
?? LB1501 ??
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Jun 2021 13:47
Last Modified: 27 Jun 2021 13:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27454

Actions (login required)

View Item View Item