Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen pentaksiran kemahiran insaniah murid (IPKIM) berdasarkan pendekatan model rasch: kajian rintis

Mohd Hussin Musa and Christina Andin and Syahrul Nizam Salam (2020) Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen pentaksiran kemahiran insaniah murid (IPKIM) berdasarkan pendekatan model rasch: kajian rintis.

[img] Text
Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen pentaksiran kemahiran insaniah murid (IPKIM) berdasarkan pendekatan model rasch.pdf

Download (40kB)
[img] Text
Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen pentaksiran kemahiran insaniah murid (IPKIM) berdasarkan pendekatan model rasch1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (561kB)

Abstract

Instrumen pentaksiran kemahiran insaniah murid (IPKIM) telah dibina untuk mengukur tahap kemahiran insaniah dalam kalangan murid tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran reka cipta. Kajian rintis ini dijalankan untuk memilih item-item yang sah, adil dan berkualiti. Instrumen IPKIM terdiri daripada 89 item berskala likert dan mempunyai 8 konstruk iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran merancang dan mengelola aktiviti, kemahiran bekerja dengan orang lain dan dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran mengurus, memilih dan menganalisis maklumat, kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik, dan kemahiran memahami budaya. Instrumen telah ditadbir terhadap 149 orang murid di 5 sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah. Model Pengukuran Rasch digunakan untuk mendapatkan kebolehpercayaan, kesahan dan mengetahui kesesuaian itemindividu. Oleh itu, perisian Winsteps versi 4.4.8 digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan kebolehpercayaan responden ialah .97 dan kebolehpercayaan item ialah .94 bagi item berskala Likert. Hasil pemeriksaan kesesuaian item mendapati 89 item adalah infit dan analisis kesemua item yang dibina telah memenuhi ciri- ciri pengukuran sesebuah instrumen. IPKIM dicadangkan digunakan sebagai alat untuk mengukur tahap kemahiran insaniah murid di sekolah menengah.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kesahan dan Kebolehpercayaan, Kemahiran Insaniah, Instrumen
Subjects: L Education > L Education (General)
?? LB1603 ??
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Jun 2021 13:50
Last Modified: 27 Jun 2021 13:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27457

Actions (login required)

View Item View Item