Memasyarakatkan ilmu pengajian tinggi

Jakaria Dasan (2009) Memasyarakatkan ilmu pengajian tinggi. New Sabah Times. p. 9.

[img]
Preview
Text
ar0000000036.pdf

Download (88kB) | Preview

Abstract

Dalam bukunya “Pembentukan Modal Insan Cemerlang: Pendekatan Ekonomi Islam,� Prof. Madya Dr Hj Kasim Hj Md Mansur, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS yang baharu, menyentuh mengenai kepentingan pembangunan modal insan dalam organisasi. Kesinambungan kecemerlangan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada keterampilan dan kecemerlangan modal insan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi tersebut. Buku beliau membincangkan dan mengupas pembentukan modal insan mengikut pendekatan Islam. Salah satu topik utama penulisan buku ini ialah mekanisme atau tadbir urus modal insan menurut Islam. Islam bukan hanya berkisar tentang hal-hal keagamaan semata-mata, tetapi merupakan satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif. Modal insan menurut Islam membincangkan insan kamil yang bercirikan ketelusan, penuh pertanggungjawaban dan bebas daripada elemen-elemen yang boleh membawa kehancuran bukan hanya terhadap individu tersebut, malah mengundang malapetaka kepada organisasi, masyarakat dan negara. Kecemerlangan akan tercapai jika hubungan yang intim wujud antara majikan dan pekerja. Selanjutnya dalam buku tersebut, Dr Hj Kasim membincang secara terperinci tentang doktrin rangka kerja Islam, pengharaman riba, sumber halal dan haram, undang-undang harta pusaka, peranan institusi zakat serta penetapan harga faktor seperti gaji atau upah pekerja. Isu-isu yang berkaitan dengan perburuhan secara umumnya dibincang berpandukan firman-firman Allah SWT dan beberapa hadis Rasulullah SAW. Topik-topik seperti buruh wanita dan buruh kanak-kanak juga antara isu yang dihuraikan oleh beliau dalam buku tersebut.

Item Type: Article
Keyword: Knowledge, Higher education
Subjects: ?? LC5201 ??
Department: SCHOOL > School of Business and Economics
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 20 May 2011 16:12
Last Modified: 16 Oct 2017 11:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2754

Actions (login required)

View Item View Item