Mengurus tenaga profesional yang berilmu

Jakaria Dasan (2009) Mengurus tenaga profesional yang berilmu. New Sabah Times.

[img]
Preview
Text
ar0000000035.pdf

Download (72kB) | Preview

Abstract

Sehingga 31 Oktober 2009, terdapat seramai 182 orang kakitangan kumpulan pengurusan dan profesional di Universiti Malaysia Sabah. Kumpulan ini adalah terdiri daripada kakitangan bukan akademik dalam gred N41 sehinggalah ke gred N52, yang bertanggungjawab mempastikan kelancaran sistem pengurusan dan pentadbiran universiti sentiasa berjalan lancar. Justeru, kecekapan kumpulan kakitangan ini dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sentiasa dituntut untuk berada pada tahap yang maksima. Dalam hubungan ini, En Abdullah Hj Mohd Said, Pendaftar UMS, mengulas mengenai peri pentingnya usaha memperkukuhkan kewibawaan pegawai dengan menekankan usaha membentuk kumpulan profesional yang berilmu. Bagi En Abdullah organisasi yang cemerlang adalah organisasi yang sentiasa memberi tumpuan kepada pendekatan psikologi, yakni memfokus kepada kemajuan sumber manusianya. Walau pun dalam sesebuah organisasi itu mengandungi elemen ‘men, machine, material and money,’ elemen men yakni sumber manusia merupakan elemen yang dominan dalam menentukan kejayaan organisasi berkenaan. Ini adalah kerana hanya sumber manusia yang mempunyai akal dan fikiran yang berupaya mengawal dan mempengaruhi produktiviti yang dihasilkan atau perkhidmatan yang disediakan. Justeru pengurusan sesebuah organisasi perlu memastikan agar elemen sumber manusia itu sentiasa dipelihara dengan baik. Satu kaedah yang berkesan ialah dengan meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran pekerja.

Item Type: Article
Keyword: Knowledgeable professionals
Subjects: ?? HD28 ??
Department: SCHOOL > School of Business and Economics
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 20 May 2011 16:13
Last Modified: 16 Oct 2017 11:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2755

Actions (login required)

View Item View Item