Sharifah Darmia Sharif Adam and Irma Wani Othman and Jais Abdul Hamid and Mohd Sohaimi Esa and Romzi Ationg and Siti Aidah Lokin and Budi Anto Mohd Tamring (2021) Pengaruh pendidikan dalam kepelbagaian etnik sebelum dan selepas merdeka di Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication, 6 (23). pp. 68-84. ISSN 0128-1763
![]() |
Text
Pengaruh pendidikan dalam kepelbagaian etnik sebelum dan selepas merdeka di Malaysia ABSTRACT.pdf Download (59kB) |
![]() |
Text
Pengaruh pendidikan dalam kepelbagaian etnik sebelum dan selepas merdeka di Malaysia FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (330kB) | Request a copy |
Abstract
Artikel ini membincangkan tentang pengaruh bidang pendidikan dalam kepelbagaian etnik di Malaysia. Malaysia dikenali dengan keunikan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, etnik bumiputera di Sabah, Sarawak dan pelbagai lagi etnik lain. Setiap etnik mempunyai amalan budaya, adat tradisi, kepercayaan agama dan bahasa tersendiri tetapi dapat hidup dalam suasana yang harmoni. Dengan kata lain, kepelbagaian etnik dan perbezaan budaya tidak menjadi penghalang masyarakat majmuk di negara ini untuk hidup bersama secara aman damai. Antara usaha yang dilakukan untuk mewujudkan suasana tersebut adalah melalui sistem pendidikan yang berperanan penting dalam menanamkan semangat nasionalisme dan cintakan negara. Walau bagaimanapun usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai semua negara yang masyarakatnya bersatu padu melalui sistem pendidikan tidak semudah yang disangka kerana terdapat cabaran yang perlu dihadapi. Oleh itu, artikel ini difokuskan untuk membincangkan tentang apakah pengaruh bidang pendidikan dan apakah cabaran yang dihadapi dalam mewujudkan satu sistem pendidikan yang berfungsi sebagai agen penyatuan masyarakat di negara ini. Kajian artikel ini dibuat menggunakan pendekatan analisis kualitatif dan menggunakan kaedah kajian arkib serta kajian perpustakaan untuk memperoleh sumber maklumat kajian. Kajian ini akan menghasilkan satu analisis yang dapat digunakan sebagai rujukan untuk menambah baik atau merangka polisi lebih baik khususnya dalam perkara yang memberikan manfaat terhadap usaha mengukuhkan hubungan antara etnik yang harmoni di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Pendidikan , Hubungan Etnik , Masyarakat Majmuk |
Subjects: | L Education > LA History of education |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | SAFRUDIN BIN DARUN - |
Date Deposited: | 05 Jul 2021 17:09 |
Last Modified: | 05 Jul 2021 17:09 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27611 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |