Analisis prinsip-prinsip komunikasi Islam dalam kitab Al-Quran

Saifulazry Mokhtar and Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Abang Mohd Razif Abang Muis and Irma Wani Othman and Mohd Sohaimi Esa and Romzi Ationg and Siti Aidah Lukin @ Lokin (2021) Analisis prinsip-prinsip komunikasi Islam dalam kitab Al-Quran. International Journal of Law, Government and Communication, 6 (23). pp. 140-156. ISSN 0128-1763

[img] Text
Analisis prinsip-prinsip komunikasi Islam dalam kitab Al-Quran ABSTRACT.pdf

Download (59kB)
[img] Text
Analisis prinsip-prinsip komunikasi Islam dalam kitab Al-Quran FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (313kB) | Request a copy

Abstract

Komunikasi adalah satu elemen penting dalam kehidupan manusia. Setiap manusia sudah pasti akan melakukan komunikasi sama ada secara lisan ataupun bukan lisan. Namun, ada dalam kalangan masyarakat hari ini tidak mengendahkan prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi ketika berlangsungnya komunikasi. Mereka petah berkata-kata dan bebas berbicara sehinggakan menimbulkan fitnah serta penyebaran maklumat yang tidak benar dari fakta asal. Sepertimana yang selalu diingatkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, ‘tidak pasti jangan kongsi’. Berdasarkan kepada pernyataan inilah, satu analisis prinsip komunikasi dalam al-Quran perlu dilakukan bagi menzahirkan perintah Allah dalam etika berkomunikasi khususnya kepada umat Islam. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 19 corak komunikasi yang terdapat dalam al-Quran dan pengkaji telah mengklasifikasikan prinsip komunikasi tersebut kepada dua bentuk yang utama iaitu komunikasi bi al-Lisan dan komunikasi bi al-Hal. Denganberteraskan kepada prinsip komunikasi ini dalam kehidupan, sudah pasti masyarakat akan hidup dalam aman dan harmoni selaras dengan kehendak Allah.

Item Type: Article
Keyword: Prinsip Komunikasi , Komunikasi Islam , Al-Quran
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
?? BV1460 ??
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 07 Jul 2021 15:04
Last Modified: 07 Jul 2021 15:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27633

Actions (login required)

View Item View Item