Migrasi dan pembentukan masyarakat Islam majmuk Sabah

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Ibnor Azli Ibrahim and Azizah Kassim (2016) Migrasi dan pembentukan masyarakat Islam majmuk Sabah. In: 1st International Research Conference on Engineering, Science and Humanities (IRCESH 2016), 9-10 November 2016, UKM Graduate Centre, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] Text
Migrasi dan pembentukan masyarakat Islam majmuk Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (293kB)
[img] Text
Migrasi dan pembentukan masyarakat Islam majmuk Sabah _ABSTRACT.pdf

Download (56kB)

Abstract

Migrasi bukanlah suatu fenomena baharu di Sabah. Sebelum zaman penjajahan lagi sehinggalah selepas kemerdekaan Sabah, arus migrasi terus berlaku dan tidak mempunyai tanda berhenti. Terdapat banyak kajian telah dijalankan berkenaan fenomena migrasi di Sabah. Kesan mahupun impak migrasi merupakan topik yang sering menjadi tumpuan para pengkaji. Bagaimanapun kurang kajian migrasi dari sisi pandang agama. Oleh itu, kertas kerja ini akan membahaskan berhubung impak migrasi etnik dominan Islam terhadap pembentukan masyarakat majmuk Islam di Sabah. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan dijalankan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Kajian mendapati bahawa migrasi etnik dominan Islam daripada Filipina dan Indonesia bukan sahaja membentuk kepelbagaian etnik Islam, malah menjadikan Islam sebagai kumpulan majoriti dianuti di Sabah. Sekali gus memberi impak yang besar apabila Islam menjadi agama rasmi negeri Sabah. Kajian ini diharapkan menjadi titik tolak kepada kajian migrasi dari perspektif agama di Malaysia amnya dan Sabah khususnya pada masa akan datang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keyword: Migrasi , Pembentukan masyarakat Islam majmuk , Sabah
Subjects: J Political Science > JV Colonies and colonization. Emigration and immigration. International migration > JV1-9480 Colonies and colonization. Emigration and immigration. International migration > JV6001-9480 Emigration and immigration. International migration > JV8490-8758 Asia
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 04 Aug 2022 07:14
Last Modified: 04 Aug 2022 07:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/28972

Actions (login required)

View Item View Item