Etika kerja islam dan pengaruhnya terhadap kecerdasan emosi dalam kalangan pekerja di bahagian pentadbiran dan operasi Beringgis Beach Resort And Spa Papar, Sabah

Nur Nilam Sari Hamidun (2022) Etika kerja islam dan pengaruhnya terhadap kecerdasan emosi dalam kalangan pekerja di bahagian pentadbiran dan operasi Beringgis Beach Resort And Spa Papar, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (457kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Etika kerja Islam didefinisikan sebagai prinsip kerja yang bermoral yang mampu membezakan perkara benar dan sebaliknya. Kajian etika kerja Islam telah menjadi minat para penyelidik disebabkan oleh kegagalan beberapa syarikat besar dalam bidang perniagaan. Oleh itu, banyak penyelidik ingin mengetahui amalan atau cara setiap organisasi tersebut beroperasi yang melibatkan majikan dan terutamanya keselesaan persekitaran bekerja. Manakala etika kerja Islam juga sering dikaitkan dengan kecerdasan emosi pekerja di tempat kerja yang diyakini dapat membantu para pekerja untuk meningkatkan kecerdasan emosi semasa melaksanakan pekerjaan. Walaupun terdapat persoalan yang menyatakan bahawa adakah Etika Kerja Islam ini benar-benar mencapai standard piawaian sebenar dan sejauhmanakah ia berfungsi di dalam persekitaran organisasi sekaligus memberi manfaat kepada para pekerja dan majikan. Isu-isu yang berlaku dalam organisasi seperti pelanggaran kuasa, pecah amanah dan rasuah yang banyak berlaku dalam masyarakat telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam pembudayaan organisasi sekaligus menggugat keamanan dan keharmonian persekitaran tempat kerja. Hal ini demikian kerana, mereka masih tidak menyedari akan kepentingan etika dan integriti dalam perkhidmatan awam mahupun swasta untuk membina satu perkhidmatan yang cekap, amanah dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dari segi pengurusan sistem kewangan, pengendalian kes-kes tatatertib, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap amalan etika kerja Islam di lokasi kajian yang telah dipilih iaitu pekerja di bahagian pentadbiran dan operasi pusat peranginan dan penginapan Beringgis Beach Resort and Spa Papar, Sabah dan objektif yang kedua ialah mengkaji pengaruh amalan etika kerja Islam terhadap kecerdasan pekerja di bahagian pentadbiran dan operasi Beringgis Beach Resort and Spa Papar, Sabah dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan bilangan responden ialah seramai 39 orang pekerja melalui pengisian link “google form” untuk mendapatkan data. Hasil penyelidikan ini mendapati bahawa amalan etika kerja Islam dangat membantu meningkatkan kecerdasan emosi pekerja. Namun, hasil daripada analisis data mendapati terdapat faktor lain yang mungkin mampu meningkatkan kecerdasan emosi pekerja selain daripada amalan etika kerja Islam di tempat kerja.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Etika kerja islam , Kecerdasan emosi , Emosi pekerja
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP173.25-173.45 Islamic sociology
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Apr 2023 09:41
Last Modified: 05 Apr 2023 09:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29630

Actions (login required)

View Item View Item