Dapatan data kuantitatif dan kualitatif melalui projek pilot : penjarian imr dalam frasa improvisasi solo bass

Mohd Shahri Ramli (2019) Dapatan data kuantitatif dan kualitatif melalui projek pilot : penjarian imr dalam frasa improvisasi solo bass.

[img] Text
Dapatan data kuantitatif dan kualitatif melalui projek pilot, penjarian imr dalam frasa improvisasi solo bass-Abstract.pdf

Download (62kB)
[img] Text
Dapatan Data Kuantitatif Dan Kualitatif Melalui Projek Pilot , Penjarian Imr Dalam.pdf
Restricted to Registered users only

Download (466kB) | Request a copy

Abstract

Penulisan ini tertumpu kepada penerokaan teknik penjarian IMR (Index, Middle, Ring) yang menekan papan fret pada bass elektrik dalam melakukan improvisasi solo bass. Penentuan kelajuan jari melakukan shift dan cross tali, artikulasi teknik hammer on, pull off dan trill serta kekuatan jari unuk melakukan teknik bending antara permasalahan penjarian yang timbul semasa melakukan improvisasi solo bass. Oleh itu, penerokaan penjarian IMR dalam menyediakan pilihan jari untuk melakukan improvisasi solo bass akan dikaji dalam membantu membendung pemasalahan ini. Salah satu metodologi yang digunakan dalam mendapatkan data kajian adalah projek pilot. Projek Pilot adalah projek eksperimentasi pembacaan keratan nota muzik yang mana di dalam nota muzik ada memiliki pelbagai elemen yang merangkumi pemasalahan dan objektif kajian. Metodologi ini bertujuan mendapatkan data kualitatif dan kuantitatif melalui keratan notasi yang dicipta seperti etude . keratan notasi ini dicipta mengikut kesesuaian inti pati kajian dan dicaturkan kesemuanya pada satu frasa notasi solo yang panjang sekitar 10 bar. Elemen yang ditampilkan adalah hasil rujukan 4 solo bass yang telah ditranskrip dari pemain bass yang terpilih. Peralihan dan perlintasan jari adalah diambil hasil dari solo bass Tom Kenedy dan Geddy Lee. Perlenturan not adalah merujuk kepada solo bass Jaco Pastorius. Artikulasi Hammer On, Pull Off dan Trill adalah melalui Jeff Andrew dan Geddy Lee. Projek melibatkan 8 pemain bass dari kalangan pelajar diperingkat Diploma dan Sarjana Muda. Pemilihan pemain bass ini dipilih mengikut syarat kaedah yang telah ditetapkan. Proses projek pilot ini telah mengambil masa beberapa jam untuk diselesaikan. Melalui penghasilan data pilot projek ini akan menunjukkan keberkesanan teknik penjarian IMR dalam mengatasi pemasalahan dan membantu mencapai objektif kajian.

Item Type: Proceedings
Keyword: Projek Pilot , Penjarian Imr , Improvisasi solo bass
Subjects: M Music and Books on Music > MT Instruction and study > MT1-960 Instruction and study > MT170-810 Instrumental techniques > MT539-654 Plucked instruments
Q Science > QA Mathematics > QA1-939 Mathematics > QA71-90 Instruments and machines
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2021 15:40
Last Modified: 24 Aug 2021 15:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30251

Actions (login required)

View Item View Item