Impak pembinaan empangan milau terhadap pekerjaan penduduk di Penempatan Garau, Kampung Garau, Kudat

Kerolfijo Osewan and Colonius Atang (2019) Impak pembinaan empangan milau terhadap pekerjaan penduduk di Penempatan Garau, Kampung Garau, Kudat.

[img] Text
Impak pembinaan empangan milau terhadap pekerjaan penduduk di Penempatan Garau, Kampung Garau, Kudat-Abstract.pdf

Download (58kB)
[img] Text
IMPAK PEMBINAAN EMPANGAN MILAU TERHADAP PEKERJAAN.pdf
Restricted to Registered users only

Download (256kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini mengkaji impak pembinaan Empangan Milau terhadap pekerjaan penduduk di Penempatan Garau, Kampung Garau, Kudat. Oleh itu, kajian ini ingin melihat impak pembinaan Empangan Milau terhadap pekerjaan penduduk selepas berpindah di Penempatan Semula iaitu Penempatan Garau. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti impak perpindahan penduduk terhadap pekerjaan di Penempatan Garau, menganalisis kesan perubahan pekerjaan terhadap pendapatan penduduk di Penempatan Garau dan mencadangkan langkah untuk meningkatkan peluang pekerjaan penduduk yang sedia ada. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif bagi mencapai tujuan kajian. Seramai lima orang informan yang tinggal di Penempatan Garau telah ditemu bual secara berstruktur. Hasil analisis kajian ini mendapati penduduk di Penempatan Garau kehilangan telah peluang pekerjaan sebagai petani kerana tiada tanah untuk dijadikan kawasan pertanian. Seterusnya, berlaku perubahan pekerjaan dari petani kepada pengawal keselamatan dan pekerjaaan memancing. Selain itu, produkitiviti petani juga menurun kerana tanah pertanian menjadi semakin kecil dan terhadap dan terakhir sekali, pendapatan penduduk berkurang iaitu pendapatan dari pertanian dan akses sumber hutan dan menyebabkan kehidupan penduduk di penempatan tersebut menjadi susah.

Item Type: Proceedings
Keyword: Pekerjaan , Pendapatan , Kehidupan penduduk
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD101-1395.5 Land use; Land tenure
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6977-7080 Cost and standard of living
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2021 17:43
Last Modified: 24 Aug 2021 17:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30293

Actions (login required)

View Item View Item