Isu-isu penyelidikan mengenai hak dan kebajikan pekerja dalam sektor informal

Mohd Salleh Yusup and Noor Syakirah Zakaria (2019) Isu-isu penyelidikan mengenai hak dan kebajikan pekerja dalam sektor informal.

[img] Text
Isu-isu penyelidikan mengenai hak dan kebajikan pekerja dalam sektor informal-Abstract.pdf

Download (60kB)
[img] Text
Isu-Isu Penyelidikan Mengenai Hak dan Kebajikan Pekerja dalam Sektor Informal.pdf
Restricted to Registered users only

Download (103kB) | Request a copy

Abstract

Hak-hak sebagai seorang pekerja merupakan hak asasi manusia yang perlu dipenuhi bagi memastikan kelangsungan kehidupan manusia yang bekerja. Pengiktirafan tentang hak tersebut jelas dibincangkan dalam pelbagai konteks dan perspektif ilmu termasuklah bidang hubungan pekerjaan dan industri. Pelbagai pihak termasuklah para akademik, pengamal, kesatuan sekerja, pihak kerajaan serta tidak berkecuali badan-badan antarabangsa International Labour Organisation (ILO) dan pertubuhan lain amat memberikan penekanan terhadap keperluan untuk menjaga hak pekerja ini. Namun demikian, konteks perbincangan serta penguatkuasaan undang-undang ini lebih memberikan perhatian terhadap pekerjaan dalam konteks formal berbanding pekerjapekerja yang bekerja di sektor informal. Kajiankajian lepas menunjukkan hak dan kebajikan pekerja di sektor formal diperjuangkan dalam pelbagai bentuk dan medium oleh pelbagai pihak. Tinjauan terhadap sorotan literatur menunjukkan kajian-kajian mengenai pekerja-pekerja di sektor informal khususnya dalam konteks bidang hubungan pekerjaan masih lagi terhad. Kajian-kajian lepas menunjukkan pekerja di sektor informal terdedah dengan pelbagai cabaran dalam pekerjaan seperti bayaran gaji yang rendah, terma dengan kondisi yang lemah, eksploitasi terhadap pekerja terutamanya pekerja wanita dan kanakkanak, masa kerja yang panjang dan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang sering diabaikan. Selain daripada itu juga, pematuhan aspek perundangan dalam kalangan majikan masih lagi menjadi isu utama dalam perdebatan kajian lepas. Walau bagaimanapun, maklumat tersebut masih lagi terhad kerana kajian-kajian tersebut dilakukan dalam konteks negara tertentu sahaja dan skop kajiannya masih lagi terbatas. Oleh itu, artikel ini mengupas mengenai isu-isu penyelidikan yang boleh diketengahkan dalam mengkaji mengenai hak-hak pekerja.

Item Type: Proceedings
Keyword: Hak pekerja , Kebajikan pekerja , Sektor informal
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6350-6940.7 Trade unions. Labor unions. Workers' associations
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Aug 2021 19:08
Last Modified: 24 Aug 2021 19:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30300

Actions (login required)

View Item View Item