Keselamatan ruang fizikal sekolah pulau gaya: satu tinjauan

Rosdiana Betare and Nor-Ina Kanyo (2019) Keselamatan ruang fizikal sekolah pulau gaya: satu tinjauan.

[img] Text
Keselamatan ruang fizikal sekolah pulau gaya, satu tinjauan-Abstract.pdf

Download (61kB)
[img] Text
Keselamatan Ruang Fizikal Sekolah Pulau Gaya, Satu Tinjauan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (480kB) | Request a copy

Abstract

Pembangunan pendidikan kini telah meningkat dan berkembang pesat ekoran daripada sokongan peruntukan bajet pendidikan setiap tahun yang disediakan oleh pihak kerajaan. Sejak tahun 1979 hingga tahun 2000 dan dikembangkan lagi ke tahun berikutnya, KPM telah mengeluarkan beberapa surat pekeliling mengenai keselamatan sekolah iaitu keperluan pengurusan sekolah. Namun begitu sehingga kini sebahagian sekolah luar bandar kurang mendapat perhatian pihak berkuasa terutamanya dalam aspek peruntukan penyelenggaran fizikal sekolah. Keadaan sedemikian telah menyebabkan keselamatan ruang fizikal di sekolah dalam keadaan yang tidak selamat. Misalnya pada tahun 2004, media massa telah memuatnaik liputan mengenai terdapat 60 lebih sekolah rendah dan menegah yang diarahkan tutup oleh Kementerian Pelajaran kerana keadaan sekolah yang dikatakan tidak selamat dan telah mendatangkan pelbagai masalah seperti dinding dan tiang retak, sistem pendawaian lama, kebocoran di bahagian bumbung dan siling, masalah anai-anai, tiada pengawalan terhadap keselamatan bengkel, makmal sains, perpustakaan, gelanggang permainan, stor sukan, serta kawasan sunyi dan gelap yang terdapat dalam bangunan sekolah (24 jam). Kertas kerja ini cuba mengetegahkan tentang penelitian dan tinjaun awal tentang keselamatan ruang fizikal khususnya di sekolah Pulau Gaya. Laporan kemalangan dan kecederaan di peringkat sekolah di Malaysia juga turut di telitikan mengikut pola jenis kemalangan, bilangan dan jantina pelajar. Tambahan lagi, pendekatan keselamatan dan Modul Program Bersepadu Sekolah Selamat serta Model Sekolah Selamat juga turut disertakan supaya dapat mewujudkan ruang yang selamat di sekolah Pulau Gaya dan dapat diaplikasikan dengan sekolah yang lain.

Item Type: Proceedings
Keyword: Keselamatan , Ruang fizikal , Jenayah , Sekolah , Pulau Gaya
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB3201-3325 School architecture and equipment. School physical facilities. Campus planning
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 25 Aug 2021 19:07
Last Modified: 25 Aug 2021 19:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30314

Actions (login required)

View Item View Item