Pengaruh ekspresi Mohd Shaari bin Salleh terhadap masyarakat di Sabah melalui arca ‘the protector'

Rohasmezan Hashim and Baharudin Mohd Arus and Zaimie Sahibil (2019) Pengaruh ekspresi Mohd Shaari bin Salleh terhadap masyarakat di Sabah melalui arca ‘the protector'.

[img] Text
Pengaruh Ekspresi Mohd Shaari bin Salleh Terhadap Masyarakat di Sabah.pdf

Download (271kB)
[img] Text
Pengaruh ekspresi Mohd Shaari bin Salleh terhadap masyarakat di Sabah melalui arca ‘the protector'-Abstract.pdf
Restricted to Registered users only

Download (59kB) | Request a copy

Abstract

Arca sebagai alat untuk meluahkan perasaan pengarca kepada masyarakat. Arca adalah karya seni berbentuk tiga dimensi diolah dari pelbagai bahan dan teknik mengandungi mesej tersurat serta tersirat yang ingin disampaikan oleh pengarca kepada masyarakat. Kajian ini akan membuktikan pengaruh perasaan pengarca kepada masyarakat disalurkan melalui arca. Kajian ini mengunakan teori ikonografi yang direka oleh Erwin Panofsky dan teori kritikan psikoanalisis yang direka oleh Sigmund Freud bagi mengeluarkan ikon dan perasaan pengarca pada bentuk dan makna arca “Protector” yang dihasilkan oleh Mohd. Shaari bin Salleh. Kajian teori ikonografi mempunyai tiga peringkat iaitu peringkat asas yang mengkaji bentuk luaran arca yang diolah dari pelbagai jenis garisan bagi menimbulkan jalinan sentuh dan bentuk organik. Kajian peringkat kedua adalah peringkat sekunder yang mengkaji komposisi asas seni reka iaitu garisan, jalinan, dan bentuk bergabung mewujudkan ikon figura manusia. Akhir sekali, peringkat interinsik iaitu kajian makna dalaman arca yang mengandungi kajian peringkat pertama dan kedua membentuk satu ikon yang membawa cerita tentang pahlawan dari etnik Iban di Sabah. Kajian kritikan psikoanalisis bagi mengesan pemikiran, perlakuan, dan perasaan pengarca menghasilkan arca. Pengarca menyelami perasaan seorang pahlawan yang mempunyai pelbagai emosi bagi mempertahankan budayanya. Kajian ikonografi dan kritikan psikoanalisis terhadap arca “Protector” yang dihasilkan oleh Mohd. Shaari bin Salleh telah mengesan pengaruh ekspresi pengarca terhadap masyarakat di Sabah. Arca menjadi alat untuk meluahkan perasaan yang dialami oleh pengarca lalu disampaikan kepada masyarakat.

Item Type: Proceedings
Keyword: Seni arca , Ekspresi, Ikonografi , Kritikan psikoanalisis , Apresiasi seni dan budaya
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT51-65 Human settlements. Communities
N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general > NX650-694 Special subjects, characters, persons, religious arts, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 25 Aug 2021 20:33
Last Modified: 25 Aug 2021 20:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30383

Actions (login required)

View Item View Item