Profil literasi alam sekitar : perspektif pelajar sekolah menengah di Tawau Sabah

Ahmadi Abd Wahab and Mohammad Tahir Mapa (2019) Profil literasi alam sekitar : perspektif pelajar sekolah menengah di Tawau Sabah.

[img] Text
Profil literasi alam sekitar, perspektif pelajar sekolah menengah di Tawau Sabah-Abstract.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Profil Literasi Alam Sekitar , Perspektif Pelajar Sekolah Menengah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (175kB) | Request a copy

Abstract

Literasi alam sekitar (LAS) merupakan matlamat dalam kurikulum Pendidikan Alam Sekitar (PAS). Manakala, membentuk tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar merupakan matlamat akhir PAS. Semenjak Deklarasi Tbilisi (1977), PAS di Malaysia masih lagi dilaksanakan di sekolah secara merentas kurikulum. Setelah 42 tahun deklarasi tersebut, perlunya kajian menyeluruh untuk menyediakan data tentang tahap literasi alam sekitar pelajar di Malaysia. Ia penting untuk menilai keberkesanan amalan PAS dan seterusnya menilai pencapaian matlamat membentuk tingkah laku bertanggungjawab alam sekitar dalam kalangan pelajar. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti profil literasi alam sekitar pelajar mengikut jantina dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Tawau, Sabah. Responden kajian melibatkan 12 buah sekolah menengah kategori bandar. Seramai 328 orang pelajar tingkatan empat terlibat dalam kajian ini. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS 25. Hasil kajian mendapati literasi alam sekitar mengikut jantina menunjukkan bahawa skor min pelajar perempuan lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Secara keseluruhannya, literasi alam sekitar pelajar adalah tinggi dengan skor min 72.09. Domain kemahiran alam sekitar mencatat nilai skor min paling tinggi. Manakala, domain tingkah laku alam sekitar mencatat nilai skor yang paling rendah. Walaupun hasil kajian menunjukkan literasi alam sekitar dalam kalangan pelajar adalah tinggi, namun domain pengetahuan dan tingkah laku dalam kategori sederhana. Justeru itu, bagi mencapai matlamat akhir pendidikan alam sekitar untuk membentuk tingkah laku bertanggungjawab terhadap alam sekitar, pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah perlu diperkasakan.

Item Type: Proceedings
Keyword: Literasi alam sekitar , REB , Pendidikan alam sekitar , Tingkah laku alam sekitar , Pelajar sekolah menengah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF501-505 Motivation
L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 26 Aug 2021 15:55
Last Modified: 26 Aug 2021 15:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30395

Actions (login required)

View Item View Item