Sistem penilaian prestasi di Jabatan Perkhidmatan Awam : Isu, penyelesaian serta cadangan kajian masa depan

Mohd. Khairul Nabil Mohd Nor Azan and Dzurizah Ibrahim (2019) Sistem penilaian prestasi di Jabatan Perkhidmatan Awam : Isu, penyelesaian serta cadangan kajian masa depan.

[img] Text
Sistem penilaian prestasi di Jabatan Perkhidmatan Awam, Isu, penyelesaian serta cadangan kajian masa depan-Abstract.pdf

Download (62kB)
[img] Text
Sistem Penilaian Prestasi Di Jabatan Perkhidmatan Awam , Isu, Penyelesaian Serta Cadangan Kajian Masa Depan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (213kB) | Request a copy

Abstract

Sistem penilaian prestasi merupakan satu alat pengukuran yang digunapakai oleh sesebuah organisasi untuk menilai prestasi pekerjanya. Sebelum wujudnya kemajuan teknologi internet, penilaian prestasi dilaksanakan secara manual dan berdokumen. Namun demikian pada masa kini, sistem penilaian prestasi dinaik taraf kepada penilaian secara atas talian. Perkembangan teknologi ini tidak dapat dielakkan dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) tidak terkecuali di dalam melaksanakan sistem penilaian prestasi secara atas talian. Justeru itu, sebelum sistem penilaian prestasi pekerja awam atas talian dilaksanakan secara menyeluruh di Malaysia, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan 15 projek perintis pada 26 Julai 1997. Antara projek perintis tersebut termasuklah pengenalan terhadap Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia atau Human Resource Management Information System (HRMIS). Sistem Penilaian Prestasi pekerja secara amnya merupakan salah satu cabang daripada fungsi HRMIS yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia. Walaupun sistem penilaian prestasi telah dinaik taraf namun demikian isu-isu berkenaan pelaksanaannya tidak dapat dielakkan. Hal ini dapat dilihat berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi semasa penilaian prestasi pekerja di sesebuah organisasi kerajaan dilaksanakan. Kertas kerja ini akan mengupas isuisu pelaksanaan sistem penilaian prestasi JPA dan apakah cara mengatasi isu-isu tersebut berdasarkan kepada sorotan literatur kajian lepas. Kertas kerja ini turut memberikan cadangan berkenaan dengan kajian-kajian yang boleh diberikan perhatian serta fokus oleh para pengkaji akan datang.

Item Type: Proceedings
Keyword: Sistem penilaian prestasi , Human resource management system , Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia , Prestasi pekerja awam
Subjects: K Law > KP Asia and Eurasia, Africa, Pacific Area, and Antarctica Asia > KPG1-6999 Malaysia > KPH1-4990 States of East and West Malaysia (1957- ) (Part 2)
Q Science > QA Mathematics > QA1-939 Mathematics
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 31 Aug 2021 17:01
Last Modified: 31 Aug 2021 17:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30409

Actions (login required)

View Item View Item