Fantasi atau realiti: transformasi RTM ke arah penyiaran radio digital

Intan Soliha Ibrahim (2021) Fantasi atau realiti: transformasi RTM ke arah penyiaran radio digital. Jurnal Komunikasi Borneo, 9. pp. 1-15. ISSN 2289-859X

[img] Text
Fantasi atau realiti.pdf

Download (40kB)
[img] Text
Fantasi atau realiti1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (243kB)

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk meneliti perkembangan transformasi industri radio di Radio Televisyen Malaysia. Kajian yang menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis terhadap dokumen kajian; (1) Pembangunan dan Perkembangan Penyiaran Radio Digital di Malaysia: Satu Kajian Kes di Radio Televisyen Malaysia; dan (2) Analisis Implikasi Perkembangan Industri Radio dari Era Penyiaran Konvensional ke Era Penyiaran Digital: 1996-2016.Transformasi penyiaran radio konvensional global tidak terhasil secara sendiri. Ia terhasil daripada fenomena digitalisasi dan dibentuk oleh senario industri media. Senario industri media mempunyai hubungan yang signifikan dengan ekonomi dan politik sesebuah negara. Setiap perubahan yang berlaku terhadap penyiaran radio dibuat adalah berasaskan kepada dasar dan perancangan sesebuah negara. Perancangan pendigitalan industri radio di Malaysia telah dimulakan seawal tahun 1997 oleh Radio Televisyen Malaysia. Langkah tersebut diambil selaras dengan Dasar Telekomunikasi Negara dan Dasar Pembangunan Nasional. Bagaimanapun, terdapat jurang pendigitalan yang ketara antara badan penyiaran nasional dan swasta. Hasil analisis mendapati bahawa badan penyiaran nasional itu mempunyai visi dan misi yang jelas mengenai pendigitalan radio, namun pelaksanaan kepada perancangan tersebut berhadapan dengan pelbagai kekangan dan cabaran. Ia menjadikan usaha pendigitalan radio free-to-air di Malaysia sebagai sesuatu yang tidak pasti.

Item Type: Article
Keyword: Digital radio , Transformation , Constraints , Challenges , RTM
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications > HE1-9990 Transportation and communications > HE7601-8700.9 Telecommunication industry. Telegraph > HE8689-8700.95 Radio and television broadcasting
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 Sep 2021 16:17
Last Modified: 21 Sep 2021 16:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30413

Actions (login required)

View Item View Item