Arka watak adiwira Boboiboy: fasa perubahan dalam model naratif Christopher Vogler

Oscar Gordon Wong and Imelda Ann Achin (2021) Arka watak adiwira Boboiboy: fasa perubahan dalam model naratif Christopher Vogler. Gendang Alam, 11. pp. 59-82. ISSN 2180-1738

[img] Text
Arka watak adiwira Boboiboy fasa perubahan dalam model naratif Christopher Vogler_FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[img] Text
Arka watak adiwira Boboiboy_ fasa perubahan dalam model naratif Christopher Vogler ABSTRACT.pdf

Download (89kB)

Abstract

Tahun 2019 meletakkan Malaysia dalam kegemilangan filem bergenre adiwira. Dua penerbit besar, iaitu Animonsta Studio menghasilkan BoBoiboy Movie 2 dan WAU Animation Studio menghasilkan Ejen Ali The Movie, masing-masing menghasilkan keunikan watak adiwira dan kuasa mereka tersendiri. Namun begitu, industri filem animasi daripada genre adiwira masih berada di tahap yang tidak mampu berdaya saing. Hal ini dapat dilihat daripada 17 buah filem animasi yang dihasilkan daripada tahun 1998 tahun sehingga tahun 2019, hanya empat sahaja filem adiwira berjaya mendapat perhatian penonton. Animasi merupakan medium emosi, namun pemfokusan ke arah visual dalam reka bentuk watak dan naratif penceritaan sahaja tidak memadai. Sebaliknya, sebuah penceritaan mengajak audiens untuk masuk ke dalam posisi adiwira dan melihat dunia mereka melalui visual penonton. Oleh itu, objektif utama penulisan ini bertujuan menganalisis fasa perubahan arka watak adiwira Boboiboy dalam filem animasi BoBoiBoy Movie 2 (2019). Reka bentuk kajian ini merupakan kualitatif berbentuk analisis deskriptif dan menggunakan model The Character Arc yang diperkenalkan oleh Vogler (2007) menerusi bukunya bertajuk, The Writer’s Journey. Kajian ini mendapati fasa perubahan watak adiwira Boboiboy dapat dilihat menerusi tindakan dan penampilannya. Perubahan ini dipengaruhi daripada dua dunia yang berbeza, iaitu dunia biasa dan dunia khas. Boboiboy menjalani 12 fasa konflik dalaman yang berbeza sehingga mencapai kejayaan dan memperoleh kuasa luar biasa untuk dikongsi sebagai rahmat bersama. Diharapkan dapatan analisis ini dapat dijadikan kayu ukur dalam aspek perkembangan watak dan perwatakan, sekali gus memberangsangkan lagi minat audiens.

Item Type: Article
Keyword: Animasi Malaysia , Arka watak , Adiwira , Christopher Vogler , The Writer’s Journey
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T1-995 Technology (General) > T201-342 Patents. Trademarks
T Technology > TR Photography > TR1-1050 Photography > TR845-899 Cinematography. Motion pictures
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 20 Sep 2021 15:42
Last Modified: 20 Sep 2021 15:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30443

Actions (login required)

View Item View Item