Pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Geografi

Chong Oi Min and Mohammad Tahir Mapa (2021) Pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Geografi. GEOGRAFIA : Malaysian Journal of Society and Space, 17. pp. 268-282. ISSN 2180-2491

[img] Text
Pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Geografi-Abstract.pdf

Download (59kB)
[img] Text
Pembelajaran berasaskan projek dalam mata pelajaran Geografi.pdf
Restricted to Registered users only

Download (946kB) | Request a copy

Abstract

Kurikulum Geografi memainkan peranan penting untuk melahirkan pelajar yang dinamik dalam semua aspek fizikal dan alam sekitar. Pendidikan Geografi bertujuan melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan menerapkan nilai menghargai alam sekitar. Oleh itu, kurikulum topik kitar semula dalam mata pelajaran Geografi harus digabungkan bersama dengan teknik pengajaran supaya pengajaran seseorang guru lebih menyeronokkan. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) adalah satu kaedah perbincangan kumpulan yang membolehkan pelajar berkomunikasi untuk menyelesaikan masalah sisa pepejal di sekolah. Fasa pelaksanaannya sistematik dan pengetahuan yang diperoleh dapat menyedarkan pelajar cara mengamal kitar semula. Kajian berbentuk kualitatif dengan pemerhatian dan temu bual serta analisis dokumen digunakan untuk mengkaji secara mendalam tentang keberkesanan penggunaan teknik PBP mengikut fasa pelaksanaan model Reiser dan Dick dalam mata pelajaran Geografi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah PBP dapat mengubah sikap dan tingkah laku pelajar semasa pembelajaran. Masalah disiplin berkurangan dan prestasi mata pelajaran Geografi telah meningkat. Pelajar berminat dan seronok belajar bersama dengan rakan kumpulan menyebabkan kesedaran dalam pengasingan sisa pepejal juga meningkat. Kesannya jumlah sisa pepejal di sekolah menurun dan amalan kitar semula dapat dipupuk. Perubahan sikap pelajar seterusnya dapat melahirkan sekolah yang sifar sampah pada masa hadapan.

Item Type: Article
Keyword: Amalan kitar semula , Geografi , Kurikulum , Model Reiser dan Dick , Pembelajaran berasaskan projek , Teknik pengajaran
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD1-1066 Environmental technology. Sanitary engineering > TD783-812.5 Municipal refuse. Solid wastes
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Sep 2021 09:07
Last Modified: 22 Sep 2021 09:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30472

Actions (login required)

View Item View Item