Pembangunan produk minuman jus nanas (ananas comosus) campuran kiub sengkuang cina (eleocharis dulcis)

Jong, Li Ching (2007) Pembangunan produk minuman jus nanas (ananas comosus) campuran kiub sengkuang cina (eleocharis dulcis). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000144.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Projek penyelidikan ini dijalankan untuk menghasilkan produk minuman jus nanas (Ananas comosus) campuran kiub sengkuang cina (Eleocharis dulcis). Objektif kajian ini ialah untuk menentukan formulasi terbaik melalui penilaian deria, menentukan ciri-ciri fizikokimia, komposisi proksimat dan menjalankan kajian mutu simpanan serta ujian pengguna ke atas formulasi terbaik. Daripada sejumlah 9 formulasi yang dihasilkan, formulasi F8 telah dipilih sebagai formulasi yang terbaik. Formulasi ini terdiri daripada 40% jus nanas dan 10% sengkuang cina. Ujian fizikokimia telah menunjukkan sampel F8 mempunyai 0.21% keasidan tertitrat dan kandungan pepejal terlarut sebanyak 12°Briks. Nilai pH bagi sampel F8 ialah 3.5. Analisis proksimat menunjukkan bahawa produk ini mengandungi 90.84 ± 1.66% air, 0.65 ± 0.11% abu, 1.52 ± 0.51% serabut kasar, 0.12 ± 0.03% protein, 0.03 ± 0.02% lemak dan 6.84 ± 1.63% karbohidrat. Dalam kajian mutu simpanan, formulasi F8 disimpan pada suhu peti sejuk (4°C) selama 8 minggu. Nilai pH dan jumlah pepejal terlarut didapati menurun sepanjang tempoh penyimpanan dan sebaliknya jumlah keasidan tertitrat meningkat. Melalui ujian mikrobiologi didapati tempoh hayat penyimpanan yang maksimum bagi produk ialah 7 minggu dalam suhu peti sejuk kerana jumlah kiraan plat didapati tidak selamat pada minggu ke-8. Ujian perbandingan berganda telah menunjukkan produk adalah sesuai disimpan selama 6 minggu dalam keadaan peti sejuk kerana tiada perubahan yang signifikan (p>0.05) bagi atribut warna jus, kemasaman, kemanisan, 'after-taste' dan penerimaan keseluruhan. Ujian pengguna menunjukkan bahawa sebanyak 65% responden mengemari produk minuman jus nanas campuran kiub sengkuang cina dan sebanyak 78% responden yang mempunyai keinginan untuk membeli produk ini jika ia dipasarkan kelak.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Juice, Pineapple, Chinese water chestnut, Mixed juice
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 10 Jun 2011 15:30
Last Modified: 19 Oct 2017 12:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3048

Actions (login required)

View Item View Item