Subteks dan kejayaan naratif filem: analisis filem The Journey (2014)

Auni Ismail and Zairul Anuar Md. Dawam and Sim, Chee Cheang (2017) Subteks dan kejayaan naratif filem: analisis filem The Journey (2014). Gendang Alam, 7. pp. 115-136. ISSN 2180-1738

[img] Text
Subteks dan kejayaan naratif filem.pdf

Download (43kB)
[img] Text
Subteks dan kejayaan naratif filem1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Filem The Journey (2014) oleh Chiu Keng Guan telah memperoleh kutipan box-office sebanyak RM17.17 juta (Hasan Mutalib, 2014). Filem tersebut juga telah diiktiraf sebagai salah sebuah filem Malaysia bergenre drama yang berjaya mendapat sambutan baik di pawagam. Sejak itu, pelbagai pendapat telah dikemukakan bagi melihat faktorfaktor kejayaan filem Malaysia berbahasa Mandarin tersebut. Daripada aspek teknikal kepada plot dan auteurship, pelbagai aspek filem tersebut telah dikaji untuk meneliti kelebihan dan kejayaan filem ini. Artikel ini pula akan menganalisis aspek subteks atau “intranarrative” dan yang lebih terkini “metanarrative”. Subteks terma yang akan digunakan sebagai rujukan dalam artikel ini merupakan maklumat yang berkait, tetapi tidak dinyatakan dengan jelas seperti metafora yang membawa makna yang lebih mendalam tetapi tidak nyata. Ia merupakan penerokaan hal-hal tersirat yang boleh hadir melalui tema, dialog, ekspresi, suasana, konflik, tingkah laku dan simbol. Penggunaan subteks dalam filem boleh menentukan kejayaan sesebuah filem kerana ia mampu menjadi daya penarik dan meninggalkan impak kepada audiens. Walaupun filem The Journey ini mempunyai elemen teknikal seperti sinematografi yang baik, kajian ini mendapati elemen subteks dalam naratifnya merupakan aspek penting dalam meningkatkan minat audiens untuk menonton. Analisis akan membincangkan impak subteks dalam penceritaan seperti perwatakan, dialog dan tema dalam filem tersebut; seterusnya menarik minat dan respons positif daripada audiens.

Item Type: Article
Keyword: Filem , Subteks , The Journey , Impak subteks
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1660-1693 Technique of dramatic composition
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 22 Oct 2021 15:03
Last Modified: 22 Oct 2021 15:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30592

Actions (login required)

View Item View Item