Kesan amalan sistem pertanian tradisional dan peranan orang asal dalam mengurangkan degradasi hutan: kajian di hutan simpan gana-lingkabau, Kota Marudu, Sabah

Hardawati Yahya and Florina Rosmin and Jurry Foo and Ricky Alisky Martin (2020) Kesan amalan sistem pertanian tradisional dan peranan orang asal dalam mengurangkan degradasi hutan: kajian di hutan simpan gana-lingkabau, Kota Marudu, Sabah. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 6. pp. 123-147. ISSN 2462-2095

[img] Text
Kesan amalan sistem pertanian tradisional dan peranan orang asal dalam mengurangkan degradasi hutan.pdf

Download (38kB)
[img] Text
Kesan amalan sistem pertanian tradisional dan peranan orang asal dalam mengurangkan degradasi hutan1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Degradasi hutan seringkali dikaitkan dengan Orang Asal terutamanya yang tinggal di pinggir atau di dalam hutan simpan, apabila sistem pertanian tradisional yang mereka warisi daripada turun-menurun menggunakan kaedah yang kurang efektif dan memberi kesan negatif kepada sumber hutan. Oleh yang sedemikian, kefahaman tentang peranan Orang Asal dalam membantu dan mengurangkan kesan degradasi hutan adalah sangat penting. Secara khususnya, kajian ini telah dijalankan untuk: (1) mengkaji jenis sistem pertanian tradisional yang diamalkan oleh Orang Asal di Hutan Simpan Gana-Lingkabau, dan (2) mengenalpasti peranan Orang Asal dalam mengurangkan degradasi hutan. Sebanyak 10 buah kampung telah terlibat dalam kajian ini, di mana kampung-kampung ini telah ditempatkan semula di luar kawasan Hutan Simpan Gana-Lingkabau, Kota Marudu, Sabah. Kaedah trangulasi termasuk pendekatan temubual secara bersemuka, survei menggunakan borang soal selidik dan pemerhatian lapangan telah dilakukan. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa majoriti isi rumah yang tinggal di kawasan ini terlibat dalam sistem pertanian tradisional, sebahagian besarnya penanaman jenis tanaman selingan, perhutani (perhutanan-tani), dan tanaman di sekitar kawasan rumah. Kajian ini juga mendedahkan bahawa kebanyakan isi rumah menyatakan mereka memainkan peranan yang penting dalam penanaman perhutani, mengurangkan kebakaran hutan, dan pertanian pindah serta terlibat dalam penanaman giliran dan tanaman selingan. Oleh yang sedemikian, berdasarkan kepada hasil dapatan daripada kajian ini, ia boleh disimpulkan bahawa peranan dan penglibatan Orang Asal dalam sistem pertanian tradisional yang digabungkan dengan pengurusan perhutanan, dapat membantu mengurangkan kesan degradasi hutan, disamping itu dapat meningkatkan peranan mereka dalam bersama-sama menguruskan sumber hutan.

Item Type: Article
Keyword: Sistem pertanian tradisional , Degradasi hutan , Pengurusan perhutanan , Peranan , Orang Asal , Sabah
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
S Agriculture > SD Forestry > SD1-669.5 Forestry
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Oct 2021 16:41
Last Modified: 27 Oct 2021 16:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30859

Actions (login required)

View Item View Item