Esterynna Emmie Sylvester (2010) Pembangunan brownie coklat dengan puri sayur. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae00000000169.pdf Download (10MB) | Preview |
Abstract
Sayur secara umumnya jarang mendapat perhatian dalam penghasilan produk makanan apatah lagi jenis sayur bok choy. Kajian ini dijalankan untuk membangunkan produk brownie coklat yang ditambah dengan puri sayur bok choy. Sebanyak enam formulasi yang dibangunkan dengan keputusan ujian penilaian sensorl hedonik skala tujuh senggatan menunjukkan bahawa formulasi F3 telah dipilih sebagai sampel yang terbaik. Sampel formulasi F3 mengandungi 12% tepung gandum, 7.2% puri bok choy dan 16.4% gula. Peratusan coldat masakan dan gula yang tinggi dapat menutupi rasa sayur pada brownie tersebut. Nilai min skor bagi penerimaan keseluruhan produk ini adalah 5.60 ± 0.74 di mana ia menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05). Keputusan analisis proksimat bagi sam pel brownie ini bagi setiap komponen iaitu peratusan kandungan lembapan, abu, protein, lemak, serabut kasar dan karbohidrat masing-masing adalah 30.20%, 0.40%, 6.70%, 29.30%, 0.71%, dan 32.70%. Ujian mutu simpanan juga dijalankan selama empat minggu pada suhu 30.0 ± 2.00C dan ia menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi peratusan kandungan lembapan dan kandungan asid lemak bebas dalam tempoh empat minggu penyimpanan. Keputusan ujian mikrobiologi pula menunjukkan yis dan kulat di bawah lingkungan 25-250 koloni dan hanya pada minggu ke-4 sahaja ia berada dalam lingkungan 25-250. Jangkaan tempoh hayat bagi brownie coklat dengan purl sayur bok choy ini mungkin boleh bertahan lebih darlpada sebulan disebabkan pada minggu yang ke-4 barulah kiraan koloni berada dalam julat yang ditetapkan. Daripada ujian pengguna, produk ini berpotensi untuk dipasarkan kerana lebih daripada 80% pengguna menyukai produk ini.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Vegetable, Bok choy, Chocolate brownie |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 28 Jun 2011 16:54 |
Last Modified: | 19 Oct 2017 12:38 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3106 |
Actions (login required)
View Item |