Mariana Toressa Mangoi (2021) Kesan Covid-19 Terhadap kebajikan pekerja buruh Asing di Sabah Dan Tindakan Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri Perkayuan Sabah (STIEU). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
Kesan Covid-19 Terhadap kebajikan pekerja buruh Asing di Sabah Dan Tindakan Kesatuan Pekerja.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
|
Text
Kesan Covid-19 Terhadap kebajikan pekerja buruh Asing di Sabah24pages.pdf Download (269kB) |
Abstract
Pekerja buruh asing adalah penting untuk pembangunan negara kita terutamanya dalam sektor 3D. Oleh itu, kesedaran mengenai kebajikan pekerja-pekerja buruh asing ini harus dipertingkatkan bagi mengelakkan penindasan hak golongan pekerja asing ini. Di samping itu, kesatuan sekerja memegang tanggungjawab yang penting untuk memperjuangkan hak pekerja buruh asing ini daripada ditindas oleh majikan. Kajian ilmiah ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti isu yang timbul berkaitan dengan kebajikan pekerja buruh asing pada pasca COVID-19 di Sabah, sekaligus untuk menghuraikan tindakan dan mengkaji cabaran yang dihadapi oleh kesatuan sekerja dalam melindungi kebajikan ahli pekerja buruh asing tersebut. Hasil kajian mendapati terdapat isu penindasan kebajikan pekerja bahkan sebelum pandemik COVID-19 iaitu isu pembayaran gaji, isu pampasan, dan isu cuti. Dalam pandemik COVID-19 ini, pihak kesatuan sekerja khususnya pemimpin kesatuan sekerja telah berhadapan dengan cabaran-cabaran dalam memperjuangkan hak-hak pekerja buruh asing ini. Cabaran tersebut wujud daripada tindakan majikan, kepercayaan pekerja buruh asing, dan perubahan dasar kerajaan berikutan dengan situasi COVID-19. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui temubual secara atas talian yang dijalankan bersama informan-informan daripada Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri Perkayuan Sabah (STIEU).
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Pekerja buruh asing , COVID-19 , Tindakan kesatuan , Cabaran kesatuan |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD7795-8027 Labor policy. Labor and the state |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 14 Dec 2021 08:29 |
Last Modified: | 14 Dec 2021 08:29 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31103 |
Actions (login required)
View Item |