Maharaja Overbeck: satu pandangan mengenai hak dan kedudukan pemerintah Borneo utara (1877-1881)

Yusry Sulaiman and Bilcher Bala (2019) Maharaja Overbeck: satu pandangan mengenai hak dan kedudukan pemerintah Borneo utara (1877-1881). Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 5. pp. 120-139. ISSN 2462-2095

[img] Text
Maharaja Overbeck.pdf

Download (42kB)
[img] Text
Maharaja Overbeck1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (781kB) | Request a copy

Abstract

Gustavos Overbeck adalah seorang saudagar, pengembara, dan diplomat. Apabila beliau memajak seluruh wilayah Borneo Utara pada tahun 1877, Sultan Brunei telah melantik beliau sebagai Maharaja Sabah, Raja Gaya dan Sandakan. Tujuan asal Overbeck pergi ke Borneo Utara hanyalah untuk berniaga demi mencari keuntungan. Pada tahun 1854, beliau menjadi ejen perdagangan kepada sebuah syarikat British, iaitu Dent & Company di Hong Kong. Pada tahun 1864-1866, beliau pernah dilantik sebagai konsul Austria. Pada awal tahun 1876, Overbeck telah membeli hak konsesi syarikat American Trading Company yang memiliki konsesi ke atas Borneo Utara. Lantaran itu Overbeck bercita-cita untuk menubuhkan sebuah pemerintahan koloni. Pada bulan November 1877, beliau belayar ke Borneo Utara dengan tujuan untuk memperoleh hak wilayah dan eksploitasi sumber kuasa dan ekonomi. Beliau mengadap Sultan Brunei untuk memperbaharui konsesi yang hampir tamat tempoh pada ketika itu. Pada 29 Disember 1877, satu perjanjian konsesi ke atas Borneo Utara dengan Sultan Abdul Momin telah termeterai. Perjanjian tersebut memberi hak sepenuhnya kepada Overbeck untuk memerintah Borneo Utara. Kertas kerja ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan arkib. Makalah ini akan menjelaskan kejayaan dan kegagalan Overbeck untuk memanfaat kedudukan beliau sebagai pemerintah di Borneo Utara atau Maharajah dari tahun 1877 sehingga tahun 1881.

Item Type: Article
Keyword: Overbeck , Konsesi , Koloni , Maharaja Sabah
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
J Political Science > JA Political science (General) > JA1-92 Political science (General) > JA81-84 History
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Dec 2021 15:57
Last Modified: 28 Dec 2021 15:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31104

Actions (login required)

View Item View Item