Nur Aisyah Kadir (2021) Persepsi pekerja ekonomi GIG terhadap keselamatan sosial di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
Persepsi pekerja ekonomi GIG terhadap keselamatan sosial di Sabah.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
|
Text
Persepsi pekerja ekonomi GIG terhadap keselamatan sosial di Sabah24pages.pdf Download (497kB) |
Abstract
Penyelidikan ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti jenis perlindungan sosial yang melindungi pekerja ekonomi gig di Malaysia, meninjau sejauhmana persepsi pekerja ekonomi gig terhadap keselamatan sosial di Sabah. Lantaran daripadanya, penyelidik dalam kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan mengedarkan borang soal selidik terhadap 50 orang responden yang terdiri daripada pekerja ekonomi gig di Sabah. Setelah itu, data akan dipersembahkan melalui kaedah kuantatif. Sehubungan dengan tujuan kajian, hasil dapatan kajian mendapati bahawa “Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri” merupakan suatu bentuk perlindungan kepada individu di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017. Lantaran itu, kajian mendapati bahawa ramai yang telah mencarum di bawah Skim ini. Setelah itu, didapati juga bahawa terdapat lapan jenis perlindungan sosial yang dikenalpasti melindungi pekerja ekonomi gig di Malaysia dan faedah-faedah ini secara umumnya telah diketahui oleh kebanyakan pekerja ekonomi gig di Sabah. Sehubungan dengan itu, ramai di kalangan pekerja ekonomi gig yang menginginkan faedah perubatan, diikuti dengan faedah pendidikan dan faedah hilang upaya sementara daripada skim ini, berbanding faedah yang lainnya. Seterusnya, wujudnya persepsi pekerja ekonomi gig di mana ramai yang menginginkan sekiranya mereka meninggal dunia, warisnya akan diberikan pampasan dan sekiranya mereka meninggal dunia, waris mereka akan diberikan pampasan. Disamping itu, tidak banyak tanggapan yang mengatakan bahawa sukarnya mendapatkan faedah keselamatan sosial kerana peraturan kerja atau piawai kerja yang tidak mencukupi dalam pekerjaan ini.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Pekerja ekonomi gig , Keselamatan sosial , Persepsi |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography > HB71-74 Economics as a science. Relation to other subjects |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 14 Dec 2021 09:41 |
Last Modified: | 14 Dec 2021 09:41 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31285 |
Actions (login required)
View Item |