Tahap kesediaan dan implikasi penggunaan ICT terhadap motivasi pegawai pelaksana UMS semasa bekerja dari rumah

Nordin Kudoput (2021) Tahap kesediaan dan implikasi penggunaan ICT terhadap motivasi pegawai pelaksana UMS semasa bekerja dari rumah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Tahap kesediaan dan implikasi penggunaan ICT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[img] Text
Tahap kesediaan dan implikasi penggunaan ICT24PAGES.pdf

Download (219kB)

Abstract

Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan sesuatu yang sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa. Teknologi telah berkembang dengan begitu pesat sejak dari dahulu lagi penciptaan-penciptaan teknologi yang mampu memudahkan urusan manusia terutamanya pekerjaan. Pengenalan teknologi yang berbeza juga memerlukan cara pengendalian yang berbeza memerlukan setiap individu pekerja untuk mempunyai kemahiran untuk mengendalikan pelbagai teknologi yang berbeza. Setelah penularan virus Covid-19 dalam negara, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah mengehadkan pergerakan pekerja untuk ke tempat kerja dan ianya telah memberikan ruang kepada pelaksanaan kaedah bekerja dari rumah secara meluas dengan menggunakan teknologi-teknologi maklumat dan komunikasi sebagai medium pelaksanaan pekerjaan. Disebabkan itu, timbul persoalan berkenaan tahap kesediaan penggunaan teknologi maklumat dan apakah implikasi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap motivasi pekerja. Oleh itu, objektif dalam kajian ini adalah untuk menilai tahap kesediaan pegawai pelaksana Universiti Malaysia Sabah terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi semasa era Covid-19 dan menilai implikasi daripada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap motivasi pekerja pegawai pelaksana Universiti Malaysia Sabah. Metodologi yang digunakan dalam mencapai objektif kajian ini adalah pendekatan kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 127 orang responden yang merupakan pegawai pelaksana yang berkhidmat di kampus utama Universiti Malaysia Sabah. Hasil daripada dapatan mendapati bahawa tahap kesediaan penggunaan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi responden adalah berada pada tahap yang tinggi dan didapati juga bahawa tahap kesediaan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi turut memberikan kesan kepada motivasi pekerja.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Teknologi maklumat dan komunikasi , Bekerja dari rumah , Motivasi , Tahap kesediaan
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications > HE1-9990 Transportation and communications > HE7601-8700.9 Telecommunication industry. Telegraph
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Dec 2021 09:44
Last Modified: 14 Dec 2021 09:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31286

Actions (login required)

View Item View Item