Index kesahan kandungan M-AC-QOL (adult carer quality of life- Malay version)

Wanda Kiyah George Albert and Mohd Haazik Mohamed and Adi Fahrudin and Norafifah Bali (2021) Index kesahan kandungan M-AC-QOL (adult carer quality of life- Malay version).

[img] Text
Index kesahan kandungan M-AC-QOL (adult carer quality of life- Malay version)-ABSTRACT.pdf

Download (66kB)
[img] Text
INDEX KESAHAN KANDUNGAN M-AC-QOL (ADULT CARER QUALITY OF LIFE- MALAY VERSION).pdf
Restricted to Registered users only

Download (270kB) | Request a copy

Abstract

Kualiti hidup merupakan salah satu indikator yang digunakan untuk mengukur kesejahteraan hidup seseorang individu terutamanya penjaga keluarga pesakit kronik yang berada pada fasa terminal kerana pada fasa ini pesakit kronik ini memerlukan penjagaan yang rapi dan berterusan daripada ahli keluarga mereka. Oleh yang demikian, penggunaan alat ujian dalam kajian ini perlu bersesuaian dengan populasi kajian ini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menilai kesahan kandungan Adult Carer Quality Of Life versi Bahasa Melayu bagi menentukan kesesuaian penggunaan instrumen terhadap penjaga pesakit kanser kronik yang berada pada fasa terminal di Malaysia. Seramai dua orang pakar bahasa dan tiga orang pakar dalam bidang kerja sosial yang banyak terlibat dalam kajian penjagaan sosial ini telah terlibat di dalam proses menjalankan kesahan Kandungan alat kajian M-AC-QOL. Proses penterjemahan dan adaptasi borang telah dijalankan berdasarkan panduan piawai. Tiada item yang digugurkan ketika proses penilaian oleh ketiga-tiga pakar penilai kerana kesemua item didapati sesuai dan berkaitan dengan kesejahteraan hidup dan penglibatan sosial dalam kalangan penjaga utama pesakit kanser kronik di Malaysia. Kesahan kandungan yang dijalankan oleh 3 orang pakar tersebut juga didapati tinggi. Jumlah keseluruhan skala index atau Scale-Content Validity Instrument-universal agreement (S-CVI/UA) bagi kesahan kandungan untuk alat ujian M-AC-QOL adalah 0.85. Manakala purata nilai scale-content validity index/Average S-CVI/Ave pula adalah 0.88. Seterusnya nilai index Subcale Item-level face validity index S-FVI/Ave bagi kesahan muka untuk alat ujian M-AC-QOL adalah 0.80. Selain itu, satu ujian pra telah dijalankan terhadap 10 orang penjaga pesakit kanser fasa terminal bagi menilai kefahaman terhadap setiap item yang terdapat dalam instrumen M-AC-QOL. Hasil kajian ini menunjukkan alat ujian M-AC-QOL mencatatkan nilai index agak baik dan sesuai digunakan untuk populasi penjaga pesakit kanser yang mendapatkan perkhidmatan penjagaan paliatif di pusat penjagaan paliatif dan hospis yang terdapat di sekitar Malaysia. Walaupun alat kajian ini telah menjalani kesahan kandungan dan kesahan muka melalui pakar kesahan kandungan alat ujian dan kesahan muka dengan penjaga pesakit kronik yang berada pada fasa terminal namun satu kajian rintis lagi perlu dijalankan untuk melihat kesahan-kesahan lain seperti kesahan konstruk dan analisis penerokaan faktor untuk alat ujian ini.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kualiti hidup , Kesahan kandungan , Pesakit kanser fasa terminal
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV40-69 Social service. Social work. Charity organization and practice Including social case work, private and public relief, institutional care, rural social work, work relief
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 21 Dec 2021 09:58
Last Modified: 21 Dec 2021 09:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31434

Actions (login required)

View Item View Item