Kesahan dan kebolehpercayaan psychological capital questionnaire (PCQ) versi Bahasa Belayu

Siti Habsah Harun and Beddu Salam Baco and Mohamad Azhar Mohammad Nor and Mohd. Dahlan A. Malek (2016) Kesahan dan kebolehpercayaan psychological capital questionnaire (PCQ) versi Bahasa Belayu.

[img] Text
Kesahan dan kebolehpercayaan psychological capital questionnaire (PCQ) versi Bahasa Belayu-ABSTRACT.pdf

Download (61kB)
[img] Text
KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN PSYCHOLOGICAL CAPITAL QUESTIONNAIRE (PCQ) VERSI BAHASA MELAYU.pdf
Restricted to Registered users only

Download (783kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menilai ciri-ciri psikometrik Psychological Capital Questionnaire (PCQ) versi Bahasa Melayu. Objektif kajian ini ialah menguji kesahan dan kebolehpercayaan PCQ versi Bahasa Melayu menggunakan sampel dalam kalangan pelajar universiti. Antara prosedur yang dijalankan ialah membuat terjemahan PCQ ke Bahasa Melayu dan terjemahan kembali ke bahasa asal. Seramai 503 orang sampel terdiri daripada para pelajar Universiti Malaysia Sabah telah terlibat dalam kajian. Hasil kajian menunjukkan PCQ versi Bahasa Melayu memiliki nilai Cronbach alfa yang baik untuk subskala self-efficacy dan subskala hope iaitu masing-masing .814 dan .762. Subskala resiliency dan optimism pula masing-masing mempunyai nilai .625 dan .574. Kesemua item PCQ memiliki nilai muatan faktor yang baik iaitu dalam lingkungan .60 hingga .85. Kesimpulannya, PCQ versi Bahasa Melayu memiliki ciri-ciri psikometrik yang memuaskan, namun masih terdapat beberapa aspek yang boleh diperbaiki lagi.

Item Type: Proceedings
Keyword: Psychological Capital Questionnaire , Kesahan , Kebolehpercayaan , Psikomterik
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Jan 2022 09:47
Last Modified: 07 Jan 2022 09:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31592

Actions (login required)

View Item View Item