Pengaruh kebahagiaan terhadap strategi daya tindak pelajar universiti awam di Kota Kinabalu

Melissa Edora Sanu and Jasmine Adela Mutang (2016) Pengaruh kebahagiaan terhadap strategi daya tindak pelajar universiti awam di Kota Kinabalu.

[img] Text
Pengaruh kebahagiaan terhadap strategi daya tindak pelajar universiti awam di Kota Kinabalu-ABSTRACT.pdf

Download (85kB)
[img] Text
PENGARUH KEBAHAGIAAN TERHADAP STRATEGI DAYA TINDAK PELAJAR UNIVERSITI AWAM DI KOTA KINABALU.pdf
Restricted to Registered users only

Download (574kB) | Request a copy

Abstract

Kebahagiaan seseorang mempengaruhi kebolehannya untuk mengaplikasikan strategi daya tindak yang berkesan ketika menghadapi masalah, tetapi kurang bukti tentang hubungan ini. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kebahagiaan terhadap strategi daya tindak dalam kalangan pelajar universiti di Sabah. Seramai 200 orang pelajar universiti yang terlibat dalam kajian ini. Alat kajian Oxford Happiness Questionnaire (OHQ) dan Coping Strategies Inventory Scale (CSI-S) digunakan dalam kajian ini. Kebahagiaan didapati mempunyai pengaruh positif terhadap strategi daya tindak penyelesaian masalah (β = .463 , k <.05), menstruktur semula pemikiran (β = .405 , k <.05), ekspresi emosi (β = .366 , k <.05) dan sokongan sosial (β = .386 , k <.05), serta memberi pengaruh yang negatif kepada strategi daya tindak kritik diri sendiri dan penarikan diri sosial. Selain itu, didapati pelajar perempuan (M= 14.48 , SP= 2.77) tinggi dalam strategi daya tindak ekspresi emosi berbanding pelajar lelaki (M= 13.37 , SP= 2.63). Pelajar perempuan (M= 14.93 , SP= 3.51) juga didapati tinggi dalam strategi daya tindak sokongan sosial berbanding pelajar lelaki (M= 13.39 , SP= 3.17). Kajian ini menyediakan maklumat kepada kaunselor, ibubapa dan pelajar dalam memahami kebahagiaan pelajar di Malaysia dan pengaruhnya terhadap strategi daya tindak yang pelajar pilih.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kebahagiaan , Strategi daya tindak , Pencapaian akademik , Pelajar universiti
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology
L Education > LA History of education > LA5-2396 History of education > LA173-186 Higher education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Jan 2022 09:53
Last Modified: 07 Jan 2022 09:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31596

Actions (login required)

View Item View Item