Simbolisme watak dan perwatakan berdasarkan konteks sosio-budaya masyarakat malaysia dalam filem Ola Bola (2016)

Nor Ain Matnoh and Zairul Anuar Md. Dawam and Sim, Susan Chee Cheang (2019) Simbolisme watak dan perwatakan berdasarkan konteks sosio-budaya masyarakat malaysia dalam filem Ola Bola (2016). e-Bangi : Journal of Social Sciences and Humanities, 16. pp. 1-13. ISSN 1823-884X

[img] Text
Simbolisme watak dan perwatakan berdasarkan konteks sosio-budaya masyarakat malaysia dalam filem Ola Bola (2016)_ABSTRAK.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Simbolisme Watak Dan Perwatakan Berdasarkan Konteks Sosio-Budaya Masyarakat Malaysia Dalam Filem Ola Bola (2016).pdf
Restricted to Registered users only

Download (701kB)

Abstract

Watak dan perwatakan merupakan reprensentasi sosio-budaya yang memberi makna dan menyampaikan mesej kepada masyarakat. Ini dinyatakan oleh Fludernik (2009) bahawa watak dan perwatakan membawa kepada pembinaan makna kepada penonton. Justeru artikel ini menganalisis simbol watak dan perwatakan berdasarkan konteks sosio-budaya masyarakat Malaysia melalui filem Ola Bola (2016). Ia bertujuan membincangkan bagaimana watak dan perwatakan dalam filem ini mewakili kehidupan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Konsep Semiotik Ferdinand De Saussure (1857-1931) digunakan sebagai pendekatan kajian untuk menilai pemaparan simbol mengenai sosio-budaya melalui pemaparan watak dan perwatakan dalam keseluruhan filem ini. Kajian ini mendapati filem Ola Bola (2016) memaparkan kepentingan hubungan antara kaum (perpaduan) melalui persahabatan dan pengorbanan oleh watak dan perwatakan. Kajian juga mendapati pengucapan dialog dan perlakuan watak dan perwatakan menyampaikan mesej mengenai kepentingan agama dan penggunaan bahasa ibunda seperti Bahasa Malaysia, Tamil dan Cina. Selain itu melalui dialogs dan props, filem ini juga memaparkan penerimaan terhadap pengaruh unsurunsur luar seperti Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia. Secara keseluruhannya, watak dan perwatakan dalam filem ini digunakan bagi menyampaikan mesej mengenai kepentingan jati diri bangsa Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Simbol , Semiotik , Sosio–Budaya , Watak dan Perwatakan , Filem
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1993-1999 Motion pictures
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 25 Jan 2022 11:09
Last Modified: 25 Jan 2022 11:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31640

Actions (login required)

View Item View Item