Pengujian dan penilaian psikometrik ujian personaliti biometrik stifin

Ferlis Bullare @ Bahari and Mohd. Dahlan A. Malek and No’man Ahmad and Atiqah Mohd Yusuff (2016) Pengujian dan penilaian psikometrik ujian personaliti biometrik stifin.

[img] Text
Pengujian dan penilaian psikometrik ujian personaliti biometrik stifin. ABSTRACT.pdf

Download (60kB)
[img] Text
PENGUJIAN DAN PENILAIAN PSIKOMETRIK UJIAN PERSONALITI BIOMETRIK STIFIn.pdf
Restricted to Registered users only

Download (939kB) | Request a copy

Abstract

STIFIn merupakan ujian personaliti yang dijalankan dengan mengimbas hujung sidik jari dengan menggunakan mesin pengesanan sidik jari untuk menentukan mesin kecerdasan dan keperibadian individu. Ujian personaliti STIFIN mempunyai 5 mesin kecerdasan yang terdiri daripada Sensing, Thinking, Intuiting, Feeling dan Instinct serta mempunyai drive introvert dan extrovert yang dibawa oleh individu. Numerology yang juga disebut metafizik pula merupakan kajian personaliti yang berkaitan dengan nombor pada tarikh lahir dan simbol. Pada asasnya, numerology merupakan kajian tentang misteri yang tersembunyi di sebalik nombor yang boleh memberi maklumat peribadi seseorang untuk menentukan sifat seseorang. Selain itu terdapat juga kajian personaliti mengikut kumpulan darah turut dikaji untuk melihat hubungan dengan ujian personaliti STIFIn. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesahan konstruk ujian personaliti biometrik STIFIn dan numerology. Kajian ini dijalankan keatas 130 orang individu tahun yang telah menjalani ujian STIFIn yang berusia seawal 4 tahun hingga 46 tahun. Kajian dijalankan secara kuantitatif dan tinjauan. Terdapat dua kaedah analisis data yang digunakan iaitu analisis deskriptif untuk melihat kekerapan dan inferensi untuk membuat korelasi Pearson bagi melihat hubungan antara STIFIn dan numerology. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara keputusan ujian STIFIn dengan numerology dengan menggunakan tarikh lahir.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kesahan konstruk , Stifin , Numerologi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF698-698.9 Personality
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Feb 2022 08:27
Last Modified: 24 Feb 2022 08:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31645

Actions (login required)

View Item View Item