Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar di institut

Agatha F. Umbit and Muhamad Suhaimi Taat (2016) Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar di institut. Jurnal Penyelidikan IPGK, 13. pp. 1-14. ISSN 2682-7905

[img] Text
Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar di institut_ABSTRAK.pdf

Download (61kB)
[img] Text
Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar di institut.pdf
Restricted to Registered users only

Download (368kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan dan faktorfaktor yang mempengaruhi penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar di sebuah institut pendidikan guru di Sarawak. Faktor-faktor yang terlibat dalam kajian ialah tanggapan kebergunaan, tanggapan mudah guna, ciri pensyarah, kualiti maklumat, kualiti sistem dan sokongan teknikal. Semua faktor yang dipilih telah diuji dalam kajian lepas dan mempunyai hubungan yang signifikan dengan penerimaan teknologi dalam kalangan pengguna. Seramai 230 orang pelajar dipilih daripada pelajar tahun akhir dan tahun 3 dalam pelbagai pengkhususan Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Sains, Pendidikan Pemulihan dan Permasalahan Pembelajaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang telah mengguna e-pembelajaran terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi 49 item soalan dan menggunakan skala Likert. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang merangkumi taburan frekuensi, min, dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor tanggapan kebergunaan, faktor tanggapan mudah guna, faktor ciri-ciri pensyarah faktor kualiti sistem, faktor maklumat dan faktor sokongan teknikal adalah faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan pelajar terhadap e-pembelajaran dipengaruhi oleh manfaat dan mudah guna yang diperoleh daripada epembelajaran serta penjimatan masa dan kandungan kursus yang mudah dan bersesuaian dengan tugasan.

Item Type: Article
Keyword: e-pembelajaran , Technology Acceptance Model , Penerimaan teknologi , Tanggapan kebergunaan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 25 Feb 2022 11:31
Last Modified: 25 Feb 2022 11:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31664

Actions (login required)

View Item View Item