Hubungan etnik di Sabah: satu kajian terhadap cerpen-cerpen terpilih penulis Sabah

Asmiaty Amat (2021) Hubungan etnik di Sabah: satu kajian terhadap cerpen-cerpen terpilih penulis Sabah. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 12. pp. 44-54. ISSN 1823-6812

[img] Text
Hubungan etnik di Sabah_ satu kajian terhadap cerpen-cerpen terpilih penulis Sabah _ABSTRACT.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Hubungan etnik di Sabah_ satu kajian terhadap cerpen-cerpen terpilih penulis Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (264kB) | Request a copy

Abstract

Masyarakat peribumi di Sabah dikategorikan kepada Dusunkadazan, Bajau, Murut dan lain-lain serta ‘kelompok bumiputera lain’ seperti Jawa, Bugis dan Suluk, dan juga apa yang dinamakan ‘etnik-etnik lain’. Kepelbagaian etnik yang cukup rencam ini tidak sama dengan yang wujud di Semenanjung Malaysia yang hanya ditandai dengan tiga kaum yang besar, iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh hal yang demikian, hubungan antara kaum atau etnik di Sabah bersifat mikro, iaitu antara etnik dan juga intra-etnik, iaitu hubungan antara etnik peribumi/bumiputera Sabah dengan orang Melayu di Sabah atau dari Semenanjung, Cina, atau orang Eropah. Hubungan antara etnik di Sabah dikatakan pelbagai pihak sebagai harmoni, namun persepsi dan sangsi sosial antara etnik-etnik tersebut tetap wujud walaupun dalam bentuk yang tidak serupa seperti di Semenanjung Malaysia. Kajian tekstual tematik menggunakan sosiologi sastera ini meneliti cerpen-cerpen yang terbit dalam majalah WADAH sejak tahun 1980-an hingga 2017 serta cerpen dalam Kumpulan cerpen Pugai Balabak, kumpulan cerpen Singkowoton (Azmah Nordin), Pangkot dan Selamat Tinggal Sabah (Raymond Majumah), Hering (Faridah Abdul Halim), dan Tangis Buliga (Kathirina Tati). Dapatan kajian menunjukkan bahawa hubungan etnik bukan menjadi isu yang seringkali ditonjolkan atau diperbesarkan tetapi ia tetap wujud sebagai satu paparan realiti sosial yang perlu diperhatikan. Sangsi sosial lebih menjurus kepada isu agama dan kepercayaan serta persepsi terhadap orang luar yang turut dikaitkan dengan agama. Selebihnya menjurus pada isu ekonomi yang hampir sama dengan apa yang wujud di Semenanjung, persepsinya bahawa etnik Cina mendominasi ekonomi menerusi penipuan hingga mencetuskan konflik.

Item Type: Article
Keyword: Sabah , Etnik , Hubungan etnik , Cerpen.
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 26 Feb 2022 05:42
Last Modified: 26 Feb 2022 05:42
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31712

Actions (login required)

View Item View Item