Pameran karya seni visual di Anggerik Square, Ujana Kewangan Wp Labuan: Di awal pandemik covid-19

Musnin Misdih and Humin Jusilin (2021) Pameran karya seni visual di Anggerik Square, Ujana Kewangan Wp Labuan: Di awal pandemik covid-19.

[img] Text
Pameran karya seni visual di Anggerik Square, Ujana Kewangan Wp Labuan, Di awal pandemik covid-19.ABSTRACT.pdf

Download (66kB)
[img] Text
Pameran Karya Seni Visual di Anggerik Square, Ujana Kewangan WP Labuan, Di Awal Pandemik Covid-19.pdf
Restricted to Registered users only

Download (397kB) | Request a copy

Abstract

Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar tahun 2 Program Teknologi Seni Visual dalam Pengurus Galeri dan pameran karya seni visual di Pameran Integrasi Borneo V1 Pada 3 hingga 7 April 2020 bertempat di Anggerik Square, Ujana Kewangan, WP Labuan. Perancangan yang rapi dan persiapan ke galeri pameran telah dibatalkan kerana pada masa itu telah berlaku penularan covid-19. Justeru itu, bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan(PKPD) di seluruh negara. Kajian ini dilakukan secara kualitatif untuk mengenalpasti keadaan yang sebenar menerusi fenomena persiapan pelajar untuk mengadakan pameran dan kesan pembatalan program ini. Fokus utama kajian membincangkan persiapan Ahli Jawatankuasa pameran seperti Urusetia, Kurator, Publisiti, Protokol, Cenderahati, Tajaan, Makanan, Keselamatan, Tugas-tugas khas, Penginapan dan Pengangkutan. Kajian ingin merungkai sejauhmana pelaksanaan program ini dan implikasi setelah dibatalkan kerana mematuhi arahan Universiti menerusi Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Hasil kajian juga dapat memberi penjelasan terhadap kesan pengurusan dan pameran karya seni visual dan impak terhadap pengurusan kewangan program. Impikasi kajian pula menunjukkan ada perkaitan antara kesan tahap kepuasan pelajar, risiko kewangan yang digunapakai dan ketidakcapaian objektif pameran di luar Universiti Malaysia Sabah. Penularan wabak Covid-19 juga mempengaruhi pelaksanaan pembelajaran kerana berubah kepada pembelajaran di atas talian. Perubahan ini menjadi norma baharu cara pembelajaran bersemuka kepada pembelajaran alam maya. Oleh yang demikian, pameran karya seni visual ini telah mengubahkan perancangan pembelajaran bagi kursus teras Program Teknologi Seni Visual pada tahun 2020.

Item Type: Proceedings
Keyword: Perancangan pengurusan dan pameran , Pameran karya , Covid-19 , Impikasi pameran dan pembelajaran norma baharu
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts > N1-(9211) Visual arts > N4390-5098 Exhibitions
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 18 Mar 2022 14:05
Last Modified: 18 Mar 2022 14:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31927

Actions (login required)

View Item View Item