Analisis fungsi lagu terhadap struktur naratif dalam visual filem muzikal Malaysia. Kajian kes: Magika 2011

Faezahnor Saddi and Zairul Anuar Md. Dawam and M. Fazmi Hisham (2021) Analisis fungsi lagu terhadap struktur naratif dalam visual filem muzikal Malaysia. Kajian kes: Magika 2011.

[img] Text
Analisis fungsi lagu terhadap struktur naratif dalam visual filem muzikal Malaysia. Kajian kes, Magika 2011.ABSTRACT.pdf

Download (85kB)
[img] Text
Analisis Fungsi Lagu Terhadap Struktur Naratif Dalam Visual Filem Muzikal Malaysia. Kajian kes, Magika 2011.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Penyelidikan kajian ini merupakan salah satu usaha dalam menganalisis fungsi dan kepentingan elemen lagu dalam pembentukan struktur naratif filem muzikal Malaysia melalui filem Magika (2011). Filem muzikal Magika (2011) yang telah dinobatkan sebagai sebuah filem terbaik pada Festival Filem Malaysia ke -23 telah membuktikan bahawa filem muzikal merupakan sebuah karya yang diiktiraf yang telah mewarnai industri perfileman di Malaysia. Sejajar dengan itu, kajian terhadap sturktur naratif pada filem muzikal Magika dilakukan dalam memberi gambaran terhadap fungsi lagu filem Magika dalam menggerakkan naratif plot penceritaan. Tzvetan Todorov (1960) telah memperkenalkan satu model dalam pembentukan naratif yang paling asas yang bersifat linear storyline. Bermula dengan equilibrium, disruption, recognition (realisation), repair, dan restoration (new equilibrium) dalam pembentukan struktur naratif. Setiap satu elemen yang diwakili sebagai tindakan di dalam sebuah karya. Pengkaji terlebih dahulu telah menjalankan persampelan ke atas 15 buah lagu dalam filem Magika bagi memudahkan proses pengenalpastian jumlah lagu-lagu yang terdapat dalam filem muzikal Magika. Seterusnya, pendekatan model naratif Todorov dan Blake Snyder’s 15 beats digunakan bagi mendapatkan data secara deskriptif dalam mengenalpasti struktur naratif secara terperinci. 5 buah lagu yang dipilih dianalisis dan dihurai melalui teks lirik mahupun visual berlandaskan model Conceptual Integration Network. Hasil daripada kajian ini, didapati kepentingan fungsi lagu dalam filem Magika bukan sebagai hiburan semata-mata, namun mampu menggerakkan plot naratif Magika berdasarkan adanya pertimbangan daripada elemen-elemen lagu. Fungsi lagu contohnya menjadi hubungan komunikatif antara watak-watak bagi mengembangkan keseluruhan cerita. Kajian terhadap fungsi lagu dalam struktur naratif filem muzikal ini diharapkan dapat dijadikan sebagai salah satu rujukan untuk membantu para industri perfileman dalam menghasilkan plot naratif muzikal fantasi Malaysia setanding dengan muzikal antarabangsa.

Item Type: Proceedings
Keyword: Tzvetan Todorov , Blake Snyder’s 15 beats , Conceptual Integration Networks , Fungsi lagu , Struktur naratif , Filem muzikal , Malaysia , Magika
Subjects: M Music and Books on Music > M Music > M1-5000 Music > M1495-2199 Vocal music
P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 18 Mar 2022 16:37
Last Modified: 18 Mar 2022 16:37
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31949

Actions (login required)

View Item View Item