Persepsi pelajar Universiti Malaysia Sabah terhadap pengambilan minuman berkafein

Lim, Tek Ying (2006) Persepsi pelajar Universiti Malaysia Sabah terhadap pengambilan minuman berkafein. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000215.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Objektif penyelidikan in; adalah untuk mengetahui pengetahuan pelajar mengenai kafein, sumber maklumat dan persepsi mereka terhadap kesan-kesan pengambilan kafein dan untuk mengenalpasti perkaitan antara pengetahuan dan persepsi terse but. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan kekerapan pengambilan minuman berkafein serta saiz hidangan mengikut subkategori (minuman kopi, teh dan kola) yang biasa diambil oleh para pelajar. Tinjauan ini juga dijalankan untuk mengetahui tabiat pengambilan minuman berkafein (seperti faktor pendorong, masa dan tempat) dan menentukan sama ada ia berkaitan dengan faktor-faktor demografi. Semua 600 orang responden dalam lingkungan umur 19-29 tahun telah dipilih secara rawak mudah di sekitar kawasan kampus induk UMS Kota Kinabalu termasuk kawasan kolej kediaman dan bukan kolej kediaman di luar kampus. Daripada 600 responden, 250 (41 .7%) orang ialah responden lelaki dan 350 (58.3%) orang ialah responden perempuan. Data-data telah dikumpulkan melalui tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang meliputi data demografi, pengetahuan dan persepsi, tabiat pengambilan dan jadual kekerapan makanan. Data telah dianalisis untuk mendapatkan kekerapan dan mencari hubungan antara faktor-faktor yang dikaji. Skala likert digunakan dalam bahagian pengukuran persepsi pelajar. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan responden mengenai kafein adalah agak memuaskan iaitu seramai 54 (9.6%) orang menjawab kesemua soalan dengan betul manakala hanya 28 (5.0%) orang menjawab kesemua soalan dengan salah. Media cetak merupakan sumber maklumat yang utama bagi 261 (46.6%) responden memperoleh pengetahuan mengenai kafein. Melalui ujian korelasi, didapati wujudnya hubungkait yang sangat lemah (r < 0.50) antara persepsi dengan pengetahuan pelajar terhadap kesan-kesan pengambilan kafein. Ramai responden mengambil kopi jenis segera (88.0%), teh jenis uncang (85.5%) dan Pepsi (77.3%) bagi kategori minuman kopi, minuman teh dan minuman berkarbonat (kola). Hasil ujian Khi-Kuasa dua menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kemudahdapatan minuman berkafein dengan tempat tinggal (x2 = 107.009, p = 0.000) dan jantina dengan premis-premis makanan (x2= 18.759, P = 0.001). Secara keseluruhannya, persepsi pelajar adalah tidak bergantung sepenuhnya kepada pengetahuan individu tersebut; faktor-faktor luaran dan dalaman umumnya mempengaruhi kekerapan pengambilan dan tabiat responden.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Caffeine, Coffee, Tea, Cola
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 08 Aug 2011 09:12
Last Modified: 12 Oct 2017 16:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3207

Actions (login required)

View Item View Item