Nor Emmie Rasid (2007) Pembangunan produk keropok kulit udang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000220.pdf Download (7MB) | Preview |
Abstract
Kajian pembangunan produk keropok kulit udang ini bertujuan untuk membangunkan produk baru keropok yang berasaskan kulit udang. Peringkat pemprosesan melibatkan pengadunan, pembentukan, pemasakan, pemotongan pengeringan, dan penggorengan. Terdapat 9 formulasi yang disediakan untuk memilih formulasi yang terbaik. Kesembilansembilan formulasi ini bebeza dari segi komposisi peratusan kandungan serbuk kulit udang dan jumlah peratusan garam. Keputusan ujian penilaian sensori bagi ujian pemeringkat mendapati bahawa 3 formulasi yang paling digemari ialah formulasi 3, 4, dan 5. Ini adalah kerana 3 formulasi ini didapati berbeza secara signifikan dengan formulasi yang lain. Menerusi ujian skala hedonik pula, didapati sampel ke 4 adalah sampel yang terbaik kerana mempunyai min skor yang paling tinggi diantara tiga sampel itu dalam skor warna, kerangupan dan penerimaan keseluruhan. Daripada anal isis proksimat yang dijalankan didapati sebanyak 11,40 ± 0,43 % kandungan lembapan, 5,47 ± 0,35 % kandungan abu, 20,06 ± 0,12 % kandungan lemak, 12,76 ± 0,21 % kandungan serabut kasar dan 3,56 ± 0,06 % kandungan protein.Hasil daripada pengiraan kandungan karbohidrat diadapati sebanyak 46.75% dan kandungan tenaga dalam keropok kulit udang adalah 432.82 kcall100g. Ujian pengembangan linear menunjukkan peratus pengembangan linear adalah sebanyak 70.60% dan ujian penyerapan minyak pula menunjukan peratus penyerapan minyak ialah 6.015%. Berdasarkan kajian ujian pengguna, sebanyak 73% daripada 100 orang responden pengguna menyukai produk ini manakala 57% daripadanya akan membeli jika produk keropok kulit udang ini dipasarkan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Skin prawn, Crackers, Powder skin prawn |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 16 Aug 2011 14:03 |
Last Modified: | 20 Oct 2017 14:08 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3211 |
Actions (login required)
View Item |