Bekerja dari rumah (BDR): Profil dan prestasi pekerja semasa covid-19

Roslinah Mahmud and Khairul Hanim Pazim and Lim, Fui Yee Beatrice and Noor Fzlinda Fabeil and Kasim Mansur and Zaiton Osman (2021) Bekerja dari rumah (BDR): Profil dan prestasi pekerja semasa covid-19.

[img] Text
Bekerja dari rumah (Bdr), Profil dan prestasi pekerja semasa covid-19.ABSTRACT.pdf

Download (62kB)
[img] Text
Bekerja Dari Rumah (Bdr), Profil Dan Prestasi Pekerja Semasa Covid-19.pdf
Restricted to Registered users only

Download (289kB) | Request a copy

Abstract

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan banyak perubahan yang dramatik dalam isu pekerjaan dan bagaimana kesimnambungan pekerjaan dapat dilaksanakan. Ini telah mendesak kerajaan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi menyekat penularan COVID-19 di Malaysia. Pengaturan kerja fleksibel membolehkan pekerja bekerja dari rumah (BDR) sebagai satu bentuk kesinambungan kerja pada masa krisis terutamanya semasa COVID-19 dan PKP. BDR secara amnya adalah terpakai kepada majikan dan pekerja semasa berlakunya pandemik COVID-19. BDR juga dilihat sebagai salah satu satu langkah bijak untuk mengurangkan penularan pandemik COVID-19 dengan menyekat interaksi fizikal di tempat kerja. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat hubungan di antara profil atau latarbelakang demografi pekerja yang dapat mempengaruhi prestasi bekerja dari rumah (BDR) semasa situasi COVID-19 di kalangan pekerja sektor awam di Tawau dan Semporna Sabah. Kajian ini menggunakan data primer berdasarkan soal selidik berstruktur untuk mengetahui hubungan antara profil responden dengan prestasi kerja semasa BDR secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa profil responden seperti daerah, gender, umur, status perkahwinan, jawatan, Kawasan tempat tinggal, anak dan pengalaman kerja boleh mempengaruhi persepsi tentang prestasi kerja BDR di Tawau dan Semporna, Sabah semasa pandemik COVID-19. Penemuan ini diharap dapat menambah kajian literatur lalu mengenai hubungan profil dan prestasi pekerja semasa BDR. Kerajaan dan majikan harus mengambil pelbagai langkah untuk mendorong pekerja tetap mempunyai prestasi yang tinggi semasa BDR demi kesimnambungan pekerjaan dalam norma baru COVID-19.

Item Type: Proceedings
Keyword: COVID-19 , Bekerja dari rumah , BDR , Profil pekerja , Prestasi kerja
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5548.7-5548.85 Industrial psychology
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 13 Apr 2022 12:06
Last Modified: 13 Apr 2022 12:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32207

Actions (login required)

View Item View Item