Konseptual kualiti hidup dalam konteks golongan pesara di Malaysia

Amirah Saliha Godfrey and Dzurizah Ibrahim and Jalihah Md Shah and Nor Ina Kanyo (2021) Konseptual kualiti hidup dalam konteks golongan pesara di Malaysia.

[img] Text
Konseptual kualiti hidup dalam konteks golongan pesara di Malaysia.ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
Konseptual kualiti hidup dalam konteks golongan pesara di Malaysia.pdf
Restricted to Registered users only

Download (379kB) | Request a copy

Abstract

Kualiti hidup membawa makna yang lebih kompleks dalam menjelaskan konteks status hidup individu sama ada mereka berpuas hati dan gembira dengan keadaan hidup mereka atau pun tidak. Fenomena kualiti hidup dapat diukur dengan melihat kepada indikator dalam pelbagai aspek sama ada secara monetary ataupun non-monetary. Kajian ini dijalankan adalah untuk meneliti apakah makna kualiti hidup dalam konteks golongan pesara di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga dilakukan adalah untuk melihat apakah indikator yang mempengarui kualiti hidup khususnya pesara di Malaysia. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah kualitatif digunakan khususnya menggarapkan sumber-sumber bacaan dari kajian lepas. Sumber tersebut disaring menerusi capaian Scopus. Dapatan utama bagi kajian ini mendapati bahawa terdapat pelbagai indikator yang mempengaruhi kualiti hidup pesara di Malaysia dan dapat dipecahkan kepada dua kategori iaitu monetary yang terdiri daripada indikator ekonomi, dan kediaman. Manakala non-monetary pula terdiri daripada indikator sokongan sosial, kesihatan dan kehidupan keluarga. Maka, kajian ini akan menganalisis dan menghuraikan konseptual kualiti hidup golongan pesara di Malaysia secara lebih kompherensif menerusi penelitian ke atas dasar negara, serta melihat perbandingannya secara ringkas dengan negara-negara lain.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kualiti hidup , Pesara , Malaysia , Monetary , Non-monetary
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6050-6305 Classes of labor Including women, children, students, middle-aged and older persons, minorities
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > HN1-995 Social history and conditions. Social problems. Social reform > HN50-995 By region or country
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 18 Apr 2022 10:59
Last Modified: 18 Apr 2022 10:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32291

Actions (login required)

View Item View Item