Penglibatan wanita dalam aktiviti keusahawanan pusat internet di Sabah

Halina Sendera Mohd Yakin and Andreas Totu and Odetta Yahcob and Junaidah Januin (2021) Penglibatan wanita dalam aktiviti keusahawanan pusat internet di Sabah.

[img] Text
Penglibatan wanita dalam aktiviti keusahawanan pusat internet di Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (59kB)
[img] Text
PENGLIBATAN WANITA DALAM AKTIVITI KEUSAHAWANAN PUSAT INTERNET DI SABAH.pdf
Restricted to Registered users only

Download (278kB) | Request a copy

Abstract

Pusat Internet telah ditubuhkan oleh kerajaan di seluruh negara sejak awal abad ke-21 sebagai salah satu usaha untuk memperkasa sistem komunikasi dan merapatkan kesenjangan digital antara komuniti bandar dan luar bandar. Selain itu, Pusat Internet ditubuhkan untuk mencapai beberapa matlamat antaranya untuk meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti luar bandar. Pelaksanaan aktiviti keusahawanan di Pusat Internet merupakan antara salah satu strategi bagi mencapai matlamat tersebut. Makalah ini diprakarsakan untuk mengkaji aktiviti keusahawanan yang dilaksanakan oleh Pusat Internet di negeri Sabah. Kajian bersifat kualitatif ini mengaplikasikan teknik pengamatan turut serta dan juga temu bual mendalam bersama pengurus serta kakitangan yang melibatkan 15 buah Pusat Internet di sekitar negeri Sabah. Dapatan kajian mendapati majoriti pengunjung serta peserta aktiviti keusahawanan yang dianjurkan Pusat Internet di Sabah adalah wanita yang terdiri dalam kalangan suri rumah. Aktiviti keusahawanan yang disertai adalah seperti kursus memasak, pembuatan kek, menjahit, penyediaan kad nama dan strategi pemasaran secara dalam talian. Pusat Internet berjaya menarik perhatian golongan wanita untuk berkecimpung dalam perniagaan bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi. Walau bagaimanapun, Pusat Internet khususnya di Sabah turut mengalami beberapa masalah dan kekangan berhubung pelaksanaan aktiviti keusahawanan yang boleh dikategorikan kepada faktor logistik atau fizikal, sosial, ekonomi dan peribadi. Diharapkan makalah ini dapat menyerlahkan kepentingan Pusat Internet agar terus berperanan dan relevan sebagai agen pembangunan sosio-ekonomi khususnya dalam kalangan wanita di Sabah.

Item Type: Proceedings
Keyword: Keusahawanan , Pusat Internet , Sabah, Sosio-ekonomi , Wanita
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ1101-2030.7 Women. Feminism
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Apr 2022 14:49
Last Modified: 22 Apr 2022 14:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32367

Actions (login required)

View Item View Item