Kekerapan pemilihan dan penggunaan bahasa ibunda etnik India dalam kalangan anak-anak perkahwinan campur etnik India-etnik tempatan Sabah

Mohd Juhar Harun and Jane Wong Kon Ling and Kavitha Ganesan (2021) Kekerapan pemilihan dan penggunaan bahasa ibunda etnik India dalam kalangan anak-anak perkahwinan campur etnik India-etnik tempatan Sabah.

[img] Text
Kekerapan pemilihan dan penggunaan bahasa ibunda etnik India dalam kalangan anak-anak perkahwinan campur etnik India-etnik tempatan Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
KEKERAPAN PEMILIHAN DAN PENGGUNAAN BAHASA IBUNDA ETNIK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (332kB) | Request a copy

Abstract

Kertas kerja kajian ini ingin melihat kepada kekerapan pemilihan dan penggunaan bahasa ibunda etnik India dalam kalangan anak-anak perkahwinan campur etnik India-etnik tempatan Sabah. Berpandukan kaedah kualitatif dengan bersandarkan disiplin ilmu sosiolinguistik, kajian ini cuba melihat kekerapan pemilihan dan penggunaan bahasa ibunda etnik India dalam kalangan anak-anak perkahwinan campur etnik India-etnik tempatan Sabah berdasarkan beberapa domain tertentu. Antara domain tersebut ialah domain di rumah, domain di kampung halaman, domain persahabatan dan jiran, domain di sekolah dan tempat kerja, domain di tempat awam dan domain di tempat beribadah. Bukan itu sahaja, melalui domain-domain yang telah ditetapkan, analisis dapatan kajian akan meneliti pemilihan dan penggunaan bahasa etnik India dalam kalangan anak-anak perkahwinan campur etnik Indiaetnik tempatan Sabah dengan dibahagikan kepada tiga kekerapan iaitu kerap, kadang-kadang dan tidak pernah. Penelitian secara mendalam terhadap kekerapan pemilihan dan penggunaaan bahasa ibunda etnik India dalam kalangan anak-anak perkahwinan campur etnik India-etnik tempatan Sabah adalah penting kerana berhubung kait dengan jati diri serta identiti semasa masyarakat India di Sabah.

Item Type: Proceedings
Keyword: Perkahwinan campur , Etnik India , Etnik tempatan Sabah , Kekerapan , Identiti
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar > P375-381 Linguistic geography
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media > P94.7 Interpersonal communication
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Apr 2022 15:10
Last Modified: 22 Apr 2022 15:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32406

Actions (login required)

View Item View Item