Keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran jarak jauh dan teradun (pjjt) di kalangan prasiswazah UMS bagi kursus UL03202 marin dan pembangunan masyarakat semasa penularan pandemik covid-19

Kennedy Aaron Aguol (2021) Keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran jarak jauh dan teradun (pjjt) di kalangan prasiswazah UMS bagi kursus UL03202 marin dan pembangunan masyarakat semasa penularan pandemik covid-19.

[img] Text
Keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran jarak jauh dan teradun (pjjt) di kalangan prasiswazah UMS bagi kursus UL03202 marin dan pembangunan masyarakat.ABSTRACT.pdf

Download (66kB)
[img] Text
KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JARAK JAUH DAN TERADUN (PJJT) DI KALANGAN PRASISWAZAH UMS BAGI KURSUS UL03202 MARIN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SEMASA PENULARAN PANDEMIK COVID-19.pdf
Restricted to Registered users only

Download (534kB) | Request a copy

Abstract

Penawaran kursus baharu yang menumpu kepada pelestarian persekitaran marin dan pembangunan masyarakat pesisir pantai di kalangan pra-siswazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah amat mustahak kerana berkait rapat dengan perubahan cuaca dan kenaikan paras laut Global. Lantas, Gugusan Elektif Liberal (GEL), Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mewujudkan satu kursus elektif bernama Marin dan Pembangunan Masyarakat mulai Semester I Sesi Akademik 2020/2021. Disebabkan penularan wabak COVID-19 di seluruh Malaysia, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah dilaksanakan sepenuhnya secara jarak jauh dan teradun kepada semua penuntut yang memilih kursus ini. Kaedah PdP (Pengajaran dan Pembelajaran) jarak jauh dan teradun (PJJT) menggunakan pelbagai platform aplikasi dalam talian yang melibatkan penyampaian kuliah secara segerak dan tak segerak dan teknologi digital. Oleh sebab itu, menyedari landskap kebiasaan baharu Kaedah PdP kursus baharu ini berubah secara deras mengikut keperluan dan keadaan semasa, satu penulisan dilakukan khusus bagi membincangkan tentang keberkesanan Kaedah PdP secara jarak jauh dan teradun (PJJT) bagi penuntut yang mengambil Kursus UL03202 Marin dan Pembangunan Masyarakat yang baharu ditawarkan di UMS. Objektif penulisan ini adalah untuk meneliti keberkesanan Kaedah PdP Kursus baharu yang ditawarkan dan tahap kesedaran, ketersampaian serta kefahaman penuntut sepanjang PdP tersebut diadakan secara jarak jauh dan teradun (PJJT). Analisis hasil dapatan kajian akan dibincangkan berasaskan tugasan-tugasan dan penilaian dalam talian PdP yang diadakan sepanjang empat belas minggu kuliah dan melalui maklumbalas borang PK07 serta keputusan gred keseluruhan pelajar bagi peperiksaan akhir Semester I Sesi Akademik 2020/2021 Kursus UL03202 Marin dan Pembangunan Masyarakat.

Item Type: Proceedings
Keyword: Pengajaran dan pembelajaran jarak jauh dan teradun , PJJT , Marin dan pembangunan Masyarakat , Kursus baharu ditawarkan, Teknologi digital , Penularan pandemik COVID-19
Subjects: L Education > LA History of education > LA5-2396 History of education > LA173-186 Higher education
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Apr 2022 15:22
Last Modified: 22 Apr 2022 15:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32413

Actions (login required)

View Item View Item