Interaksi rakan sekelas dalam program pendidikan inklusif dari perspektif murid berkeperluan khas

Patricia Mongudal and Ronald Yusri Batahong and Connie Cassy Ompok (2021) Interaksi rakan sekelas dalam program pendidikan inklusif dari perspektif murid berkeperluan khas.

[img] Text
Interaksi rakan sekelas dalam program pendidikan inklusif dari perspektif murid berkeperluan khas.ABSTRACT.pdf

Download (63kB)
[img] Text
INTERAKSI RAKAN SEKELAS DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DARI PERSPEKTIF MURID BERKEPERLUAN KHAS.pdf
Restricted to Registered users only

Download (520kB) | Request a copy

Abstract

Program Pendidikan Inklusif (PPI) ialah pernyertaan Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam pembelajaran di kelas perdana bersama murid perdana. Salah satu cabaran kepada peningkatan bilangan MBK dalam PPI ialah MBK kurang berminat untuk menyertai program ini. MBK yang telah menyertai PPI pula kurang bermotivasi dan segelintirnya kecewa dan mengundur diri. Aspek interaksi rakan sekelas dilihat dapat dieksploitasi untuk menghadapi cabaran ini. Oleh yang demikian, kajian ini telah dilaksanakan untuk mengenalpasti sejauhmana interaksi rakan sekelas dalam PPI dari perspektif MBK. Kajian ini telah dijalankan terhadap 108 MBK Bermasalah Pembelajaran dalam PPI di 14 buah sekolah menengah di 10 daerah di kawasan Pantai Barat Sabah. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasi dari soal selidik “What is Happening in this Class” (WIHIC) yang dibangunkan oleh Fraser et al. (1996) serta data yang diperolehi dianalisis menggunakan IBM SPSS Statistics 20. Kajian mendapati bahawa interaksi rakan sekelas dalam PPI dari perspektif MBK di beberapa sekolah menengah di negeri Sabah ialah di tahap sederhana dengan skor min 3.961 (s.p. 0.496). Manakala tahap bagi subaspek kejelekitan, penglibatan rakan sekelas dan kerjasama adalah masing-masing dengan skor min 4.004 (s.p. 0.553), 3.727 (s.p. 0.658) dan 4.036 (s.p. 0.549). Interaksi rakan sekelas di tahap sederhana ini menunjukkan bahawa peluang masih terbentang luas untuk menarik minat lebih ramai MBK yang layak menyertai PPI dengan cara meningkatkan lagi kualiti interaksi rakan sekelas melalui pelbagai program yang sesuai.

Item Type: Proceedings
Keyword: Pendidikan Inklusif , Interaksi rakan sekelas
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1501-1547 Primary education
L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC1390-5160.3 Education of special classes of persons > LC3950-4806.5 Exceptional children and youth. Special education > LC4001-4806.5 Children and youth with disabilities. Learning disabled children and youth
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Apr 2022 15:24
Last Modified: 22 Apr 2022 15:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32416

Actions (login required)

View Item View Item