Mahadirin Ahmad and Kee Y Sabariah Kee Mohd Yussof and Bibi Diana Abdul Manaf and Nassiah Gaong (2021) Perubahan struktur pekerjaan dan perkembangan kesatuan sekerja di Sabah. In: The 12ᵗʰ International Malaysian Studies Conference (MSC12) Malaysia's Transformation and Sustainable Development, 17 - 18 August 2021, Online.
Text
Perubahan struktur pekerjaan dan perkembangan kesatuan sekerja di Sabah.ABSTRACT.pdf Download (59kB) |
|
Text
Perubahan struktur pekerjaan dan perkembangan kesatuan sekerja di Sabah.pdf Restricted to Registered users only Download (127kB) | Request a copy |
Abstract
Kertas kerja ini menjelaskan hubungan antara perubahan struktur pekerjaan dan perkembangan kesatuan sekerja di Sabah. Kajian dilakukan dengan mengaplikasikan pendekatan analisis terhadap dokumen yang menunjukkan perubahan sektor pekerjaan dan perubahan kesatuan sekerja. Perubahan struktur pekerjaan telah berlaku sejajar dengan perubahan tumpuan sektor ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian dan perkhidmatan. Bilangan pekerja pada tahun 2019 adalah seramai 1 908 600 orang dengan jumlah penduduk Sabah adalah seramai 3.9 juta orang. Perubahan ini turut memberi kesan kepada perkembangan kesatuan sekerja yang kini berjumlah sebanyak 80 buah kesatuan dalam tiga sektor utama iaitu sektor awam, badan berkanun dan swasta dengan bilangan ahli adalah lebih kurang 36 ribu orang. Berdasarkan analisis tersebut, dapat dinyatakan bahawa kadar pertumbuhan kesatuan sekerja adalah masih rendah jika dibandingkan dengan bilangan pekerjaan yang telah diwujudkan. Bilangan ini menunjukkan kadar berkesatuan adalah 1.8 peratus dan masih terdapat seramai 99.2 peratus pekerja (1,873,940 orang) adalah berpotensi untuk menyertai kesatuan sekerja. Sehubungan dengan itu, usaha berterusan perlu dilakukan bagi meningkatkan bilangan kesatuan sekerja di Sabah merangkumi pelbagai sektor pekerjaan. Salah satu usaha yang perlu diberi perhatian adalah dengan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor kedua yang akan menarik lebih ramai golongan belia untuk bekerja. Sehubungan dengan itu, peranan kesatuan sekerja akan terus dapat diperkasakan sejajar dengan perkembangan ekonomi negeri Sabah menjelang tahun 2030.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Keyword: | Sektor ekonomi sabah , Struktur pekerjaan sabah , Kesatuan sekerja , Jabatan hal ehwal kesatuan sekerja sabah |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6941-6948 Employers' associations |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 26 Apr 2022 09:58 |
Last Modified: | 26 Apr 2022 09:58 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32434 |
Actions (login required)
View Item |