Implikasi kejatuhan wilayah sungai Mengkabong pada tahun 1898

Fatmah Sidek and Bilcher Bala (2021) Implikasi kejatuhan wilayah sungai Mengkabong pada tahun 1898.

[img] Text
Implikasi kejatuhan wilayah sungai Mengkabong pada tahun 1898.ABSTRACT.pdf

Download (64kB)
[img] Text
Implikasi kejatuhan wilayah sungai Mengkabong pada tahun 1898.pdf
Restricted to Registered users only

Download (617kB) | Request a copy

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti sejarah wilayah Sungai Mengkabong di Borneo Utara. Implikasi kejatuhannya telah menyebabkan kewujudan geran tanah Karambunai. Hal ini bermula dengan Perjanjian Konsesi Borneo Utara pada 29 Disember 1877 antara Sultan Brunei dan Pengiran Temenggung dengan Gustavus Baron de Overbeck. Namun, Mengkabong adalah berstatus Tulin dan terkecuali daripada perjanjian konsesi tersebut. Justeru itu, Mengkabong mengekalkan pentadbiran sendiri atau bebas daripada pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Walau bagaimanapun, ekoran daripada serangan Paduka Mat Salleh ke atas stesen SBUB di Pulau Gaya pada tahun 1897, telah menyebabkan Mengkabong dipajakkan kepada SBUB melalui Perjanjian Pajakan 1898. Kewujudan Karambunai telah menjadi isu tuntutan yang kontroversial di antara beberapa pewaris dan berlarutan sehingga ke hari ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan sumber primer berbentuk manuskrip dan dokumen rasmi seperti surat wasiat Sultan Brunei (1851), geran tanah WCL No 228 (1905), surat perjanjian pajakan Brunei-SBUB (1877-1898) yang diperolehi dari Arkib Negeri Sabah, Pusat Sejarah Brunei dan koleksi dokumen persendirian. Dapatan kajian ini sangat penting untuk dijadikan rujukan bagi memahami penjajahan Borneo Utara, khususnya Mengkabong oleh SBUB, dan punca isu hak pemilikan Karambunai.

Item Type: Proceedings
Keyword: Borneo Utara , Karambunai , SBUB , Sungai Mengkabong , Tulin
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
J Political Science > JC Political theory > JC11-605 Political theory. The state. Theories of the state > JC319-323 Political geography
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 Apr 2022 16:27
Last Modified: 22 Apr 2022 16:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32438

Actions (login required)

View Item View Item