Kadar bayaran dan kesanggupan untuk membayar: Kajian kes di Kundasang - Ranau, Sabah

Jabil Mapjabil and Rahmah Rashid and Mazdi Marzuki (2021) Kadar bayaran dan kesanggupan untuk membayar: Kajian kes di Kundasang - Ranau, Sabah.

[img] Text
Kadar bayaran dan kesanggupan untuk membayar, Kajian kes di Kundasang - Ranau, Sabah.ABSTRACT.pdf

Download (62kB)
[img] Text
KADAR BAYARAN DAN KESANGGUPAN UNTUK MEMBAYAR, KAJIAN KES DI KUNDASANG - RANAU, SABAH.pdf
Restricted to Registered users only

Download (127kB) | Request a copy

Abstract

Negeri Sabah kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan berasaskan budaya, alam sekitar, sejarah dan festival. Terdapat destinasi pelancongan ini yang mengenakan bayaran masuk dan sebaliknya. Konsep kesanggupan untuk membayar (willingness to pay - WTP) adalah penting dalam kajian ekonomi terutamanya sektor pelancongan. Namun begitu, kajian berkenaan isu ini masih kurang dan terhad. Kertas kerja ini meneliti tentang kadar bayaran dan kesanggupan untuk membayar pengunjung yang melawat destinasi pelancongan terpilih di Kundasang - Ranau, Sabah. Pendekatan kajian yang digunakan adalah penilaian dan kajian kes. Kaedah penyelidikan melibatkan temu bual menggunakan borang soal selidik dan pemerhatian. Untuk itu, seramai 150 orang responden terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan empat daripada destinasi pelancongan yang dikaji mengenakan ketiga-tiga bayaran iaitu bayaran masuk, aktiviti dan perkhidmatan. Sebahagian besar responden berpendapat kadar bayaran yang dikenakan oleh premis pelancongan adalah berpatutan (57.3%). Antara cadangan responden adalah kadar bayaran sedia ada perlu dikekalkan iaitu seramai 44 orang responden (37.9%), kadar itu perlu dikurangkan - 12 orang (10.4%) dan kadar bayaran perlu dinaikkan untuk pelancong asing - 15 orang (12.9%). Sebagai implikasinya, hasil kajian ini penting kepada pengusaha pelancongan dan perancang pembangunan ekonomi negeri untuk memastikan destinasi pelancongan di negeri ini lebih berdaya saing dan lestari dengan menawarkan kadar bayaran yang berpatutan dengan kualiti perkhidmatan dan produk yang ditawarkan.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kesanggupan untuk membayar , Destinasi pelancongan , Pengunjung
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography
Department: INSTITUTE > Borneo Institute for Indigenous Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 25 Apr 2022 08:40
Last Modified: 25 Apr 2022 08:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32451

Actions (login required)

View Item View Item